Oleh SIVAMURUGAN PANDIAN

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, banyak pihak berpandangan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu berubah wajah agar sesuai dengan persekitaran politik semasa. Pandangan ini membawa kepada transisi pucuk pimpinan tertinggi semua parti komponen BN yang didakwa bertanggungjawab terhadap kemerosotan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Namun, ada juga parti komponen BN yang menolak rentak perubahan yang dituntut oleh akar umbi. Mereka ini masih selesa dengan kuasa serta kedudukan dalam parti.

Akibat transformasi sama ada di peringkat inter mahupun intra dalam kalangan parti komponen BN, Pengerusi BN Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak merasakan bahawa penjenamaan semula BN adalah sangat penting. Usaha penjenamaan ini akhirnya membawa kepada banyak perubahan dalam BN dan antaranya berkenaan dengan keahlian terus sesiapa sahaja (secara individu) menjadi ahli BN tanpa melalui parti komponen yang sedia ada.

___

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.