Oleh Siti Aisyah Ramli

Kecerdasan otak merupakan salah satu anugerah besar Tuhan kepada manusia. Dari sudut psikologi, haiwan turut mempunyai kecerdasan otak tetapi dalam kapasiti yang sangat terbatas. Oleh sebab itu, haiwan lebih banyak menggunakan naluri (instinctive) untuk memastikan keberlangsungan hidupnya.

Kecerdasan intelektual (IQ) berkait rapat dengan keterampilan seseorang menghadapi persoalan teknikal dan intelektual. Kecerdasan emosional (EQ) pula berhubung kait dengan kebolehan  seseorang mengendalikan emosinya ketika menghadapi situasi yang menyenangkan mahupun menyakitkan. Manakala kecerdasan spiritual (SQ) meliputi masalah makna, motivasi, dan tujuan hidup itu sendiri.

 

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Latin emover  yang bermaksud bergerak kegembiraan dan kegusaran. Kini, perkataan emosi digunakan bagi menggambarkan pengalaman subjektif  seseorang seperti cinta, marah, suka, resah, tertekan, malu dan sebagainya. Berdasarkan Kamus Dewan (Edisi Keempat), emosi ditakrifkan sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan lain-lain lagi.

Secara mudah, emosi boleh disimpulkan sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Berdasarkan pengalaman, apabila wujud masalah yang memerlukan manusia membuat keputusan dan tindakan, maka aspek perasaan seringkali lebih penting daripada naluri.

Konsep EQ merujuk konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan perasaaan. Lantas EQ juga menerangkan bagaimana perasaan berinteraksi dengan IQ. Peranan hati yang menjadi tunjang kepada EQ mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.