WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Sampai di Sini …','/?p=1946','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

Setelah sekian lama berkhidmat untuk rakyat di kedua-dua buah negara berjiran (Malaysia dan Singapura), Stesen Keretapi Bukit Timah dan Stesen Tanjong Pagar, secara rasminya “berhenti” daripada memberikan khidmatnya hasil persetujuan bersama kedua-dua orang pemimpin utama negara.

Setelah hampir 80 tahun beroperasi bagi Stesen Keretapi Tanjong Pagar dan 108 tahun Stesen Keretapi Bukit Timah, lambang penyatuan dua buah negara kini tersimpan rapi sebagai lipatan sejarah. Paling mengharukan, tren terakhir dari Tanjong Pagar dipandu sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dinaiki kira-kira 500 orang penumpang termasuk pihak media dan pekerja rakyat Malaysia.

Stesen Tanjong Pagar mula dibina pada 1909 apabila Sultan Johor, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan tersebut. Pada 1932, secara rasminya Stesen Tanjong Pagar dibuka oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. 

Melihat nilai sejarah yang begitu tinggi bagi stesen ini, pihak kerajaan Singapura melalui Majlis Pemeliharaan Monumen (PMB) mewartakan stesen ini sebagai monumen kebangsaan. Bagi Stesen Bukit Timah pula, stesen ini mula dibina antara 1900 hingga 1902 di bawah selenggara Pengurus Besar Federated Malays States Railway C.E. Spooner.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.