Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB

“Kami muda lagi, belum puas seronok, nanti kami taubatlah.” Begitulah jawapan salah seorang mengaku terlibat dalam salah laku seks bebas. Dia langsung tidak menunjukkan rasa kesal, malah berasa bangga dengan perbuatan terkutuknya.

Sesuatu yang sangat menyedihkan apabila majoriti remaja yang penulis temu bual tanpa segan-silu menyatakan bahawa mereka sudah mengadakan hubungan seks dengan lebih daripada seorang pasangan dan mengaku mengamalkan seks bebas. Kata mereka, dalam usia sebeginilah semuanya perlu dicuba sebelum menjadi dewasa.

Menurut Lina, 15 tahun, dia bimbang ditertawakan dan dikatakan kolot oleh rakan lain kerana tidak berani mengamalkan seks dengan teman lelakinya. “Memang saya takut mengandung, tapi saya seronok melakukannya (hubungan seks) dengan empat orang teman lelaki saya” katanya. Terkedu penulis mendengar jawapan berani gadis mentah itu.

___

Penulis Penolong Editor Dewan Masyarakat.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.