Oleh Asmady Idris

 Selepas Obama mengisytiharkan berakhirnya riwayat Osama bin Laden pada 2 Mei 2011, pelbagai persoalan dilemparkan oleh masyarakat antarabangsa. Antara persoalan yang sering kali ditimbulkan adalah kesahihan kematian pemimpin al-Qaeda tersebut. Isu kematian Osama  dikatakan mengatasi populariti perkahwinan terhebat abad ini iaitu perkahwinan Diraja England antara Putera William dengan Kate Middleton.

Biarpun pelbagai spekulasi dan kupasan tentang kematian Osama, dunia sekarang lebih tertumpu kepada sebarang kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, terutama kepada keamanan dunia. Sewajarnya dalam kalangan pemimpin dunia dan seluruh warga global menginginkan dunia yang lebih aman dan stabil supaya prestasi ekonomi lebih memuncak dan kemajuan yang lebih pesat dapat dicapai.

Namun, sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia yang sentiasa bersifat tidak pasti dan penuh dengan fenomena ketidaktentuan. Sarjana disiplin hubungan antarabangsa juga tidak mampu meramalkan situasi yang bakal berlaku kelak. Walau bagaimanapun, hal itu tidak bermakna disiplin hubungan antarabangsa meminggirkan secara total aspek ramalan dan jangkaan masa depan, tetapi dengan situasi dunia yang tidak menentu, menimbulkan kesukaran untuk menjangkakan secara tepat situasi yang bakal berlaku seterusnya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.