WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Misteri Pembunuhan Belum Terjawab ','/?p=1927','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Syahmi Syahiran

 Mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan. Tubuhnya langsung tidak berbalut dengan seurat benang ketika dijumpai di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, pada 5 Disember 2003.

Mangsa mati terbaring di atas katil di dalam bilik tidurnya dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat, serta kakinya diikat. Pihak polis turut menemui sehelai tuala kecil berhampiran dengan kepala mangsa yang dipercayai digunakan untuk menyumbat mulut mangsa, coli, baju tidur yang sudah koyak, serta kertas tisu yang mempunyai kesan air mani.

Mangsa, Noritta Shamsuddin, 22 tahun, merupakan seorang eksekutif pembangunan perniagaan di sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur. Siasatan mendapati, Noritta dirogol dan dibunuh antara pukul 1.30 pagi hingga 4.00 pagi pada hari kejadian.

Kematian Noritta dikatakan kerana sesak nafas akibat dijerut. Berikutan itu, polis menahan beberapa orang suspek bagi membantu siasatan kes – bermula dengan penahanan rakan serumah mangsa, Nor Azora Hamid dan Kenneth Michael Yap Teik Huat.

Pada 7 Disember berikutnya, kakak sulung mangsa, Suhaily, 29 tahun, sewaktu memberikan keterangan, mendakwa mangsa ada memberitahu bahawa dia sering diganggu seorang lelaki berketurunan India Muslim yang hanya dikenali sebagai Hanif. Suhaily memberitahu Hanif sangat meminati adiknya.

Keesokannya, seorang jurutera, Hanif Basree Abdul Rahman, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 4.00 petang dan ditahan untuk membantu siasatan. Walau bagaimanpun, penahanan tiga orang suspek ini, Nor Azora, Kenneth, dan Hanif, masih tidak memadai untuk menyelesaikan kes berkenaan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.