Oleh Muhammad Nuruddin Bashah

Pada 11 Jun lalu penulis berbangga apabila dapat menjejakkan kaki ke Dewan Besar Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, untuk menyaksikan secara langsung Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011. Besar jiwa penulis apabila menyaksikan kegigihan anak bangsa Melayu menguasai pusaka ilmu seni mempertahankan diri Nusantara.

Namun, kegembiraan itu terbantut apabila penulis mendapati sebahagian besar pesilat dalam pertandingan tersebut yang terdiri dalam kalangan belia mengalami masalah ketagihan rokok. Bibir beberapa orang pesilat muda yang tangkas itu lebam dan gusinya juga gelap.

Alangkah baiknya jika mereka tidak merokok kerana kekuatan, ketangkasan, dan kesan tubuh badan mereka akan hilang disebabkan ketagihan tembakau.

Pada 2003, tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia ialah Sukan Bebas Tembakau – Bersukan Tanpa Rokok.  Tema ini dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menggalakkan sukan bebas daripada tembakau.

Sukan bebas tembakau bukan sahaja bererti pemain atau penonton yang tidak merokok, tetapi paling utama adalah pengharaman pengiklanan syarikat rokok dalam semua acara sukan.  Sekian lama syarikat rokok membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun dalam pengiklanan dan tajaan berbagai acara sukan di seluruh dunia.  Keadaan ini menjadikan penggunaan tembakau di dunia berleluasa tanpa sebarang sekatan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.