Oleh Ainul Hanis Md. Anuar

Perkhidmatan pos ubat ke rumah artikel bulan April dalam Dewan Masyarakat Dalam Talian tulisan Noor Mohamad bin Shakil Hameed menunjukkan satu era baharu dalam transformasi perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Di kaca televisyen, iklan tersebut kerap ditayangkan untuk membantu mempromosikan perkhidmatan ini. 

Saya sangat setuju dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dengan kerjasama pos Malaysia ini. Sepatutnya perkhidmatan sebegini telah ada di negara kita sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, syabas diucapkan kepada pihak yang menjadikan perkhidmatan ini satu kenyataan.

Jika anda pernah menonton iklan tersebut, pasti anda akan tersenyum melihat betapa gembiranya dua orang tua (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang kampungnya di tepi sawah, menyanyi riang sambil menunggu sesuatu. Tidak lama selepas itu, muncul van pos laju dan keluar pemandunya menyerahkan bungkusan kepada mereka dan diikuti pembayaran duit sebanyak RM8.

Sepanjang iklan tersebut, wajah keriangan mereka jelas terpancar. Hal ini demikian kerana mungkin mereka tidak perlu bersusah-payah ke hospital untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat. Seolah-olah proses mengambil ubat itu merupakan sesuatu beban yang sangat berat dan apabila ubat tersebut dihantar kepada mereka, maka hal ini dapat memudahkan rakyat khususnya golongan tua dan golongan yang tidak berkemampuan.

“Bila diperlukan, pos laju datang”. Itu antara lagu yang didendangkan oleh lelaki tua dalam iklan perkhidmatan pos ubat ke rumah. Mungkin ayat tersebut boleh ditafsirkan sebagai; ubat sememangnya benda yang sangat diperlukan tetapi proses untuk mendapatkannya merupakan proses yang sangat sukar lebih-lebih lagi jika berada di kampung. Alternatif baharu bagi pengambilan ubat yang diwujudkan  bagi menghantar ubat melalui pos laju menunjukkan wujudnya transformasi yang positif dalam sistem penyampaian Pos Malaysia iaitu apabila tiba waktu ubat diperlukan, pos laju akan memenuhi keperluan tersebut, yang dapat disifatkan perubahan yang memudahkan rakyat.

Kadar kos yang dikenakan untuk perkhidmatan ini antara RM 5 – 10 tidak begitu mahal jika hendak dibandingkan dengan belanja yang perlu dikeluarkan jika pesakit ingin mengambil sendiri ubat di hospital. Kos perjalanan sahaja sudah menelan belanja tidak kurang daripada RM10 selain kos untuk makan dan minum, dan hal ini sudah tentu membebankan bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Selain itu, pesakit juga tidak perlu membazirkan waktu yang merangkumi waktu perjalanan pergi balik dan menunggu di hospital yang merupakan tempoh paling menyakitkan dan waktu tersebut pula boleh digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih berfaedah.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.