WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.162.173.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.162.173.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Jihad Memerangi Rasuah','/?p=1870','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Ismail Awang

Usaha memerangi amalan rasuah merupakan jihad paling utama bagi setiap kerajaan yang berintegriti. Banyak pemimpin mahupun kerajaan tersungkur dek terpalit amalan rasuah dan salah guna kuasa. Segala tindak tanduk pemerintah dan penjawat awam tidak pernah terlepas daripada perhatian masyarakat.

“Bagi membolehkan negara melangkah ke hadapan dan menjadi bangsa berintegriti serta bermaruah, amalan rasuah mesti diperangi habis-habisan,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ketika menyampaikan “Syarahan Perdana Integriti” di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 5 Mei lalu.

Komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah dapat dilihat melalui pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA yang dilaksanakan bagi membanteras rasuah menyenaraikan 26 inisiatif semenjak awal 2010 untuk memerangi amalan rasuah di Malaysia.

Inisiatif pertama bertujuan untuk memperkukuh dan memperkasakan unit pematuhan bagi agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan. Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia pada 2002 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati bahawa agensi penguatkuasaan undang-undang merupakan agensi yang paling terdedah dan berisiko tinggi terjebak dalam gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Antara kes yang pernah mendapat perhatian umum membabitkan agensi penguatkuasaan adalah penahanan 62 orang pegawai Kastam dalam “Operasi 3B” oleh pasukan siasatan khas yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 28 Mac 2011 selepas dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram, dan pelbagai kesalahan lain. Pada 10 Oktober 2010, tujuh orang kakitangan Jabatan Imigresen ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung dengan kegiatan penyeludupan warga asing.

Memandangkan agensi penguatkuasaan undang-undang merupakan agensi yang paling terdedah dengan gejala rasuah, maka semua anggota perkhidmatan awam yang menjawat jawatan “panas” terutama di agensi penguatkuasaan perlu dilibatkan dalam sistem penggiliran tugasan atau sistem pusingan kerja sebagaimana pandangan Kajian Perunding Strategik Antarabangsa Bagi Pencegahan Rasuah.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.