WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.117.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.117.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Fenomena Drama Bersiri ke Layar Perak','/?p=1785','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Farihah T. F.

Cinta dan drama Aidil, Adam, serta Nur Amina sekali lagi diuji. Kali ini, landskap pasir merah Petra menjadi taruhan. Pastinya, Kabir Bhatia dan isterinya, Mira Mustaffa berfikiran “besar” – Nur Kasih yang bermula daripada drama bersiri kini dipindahkan ke layar perak.

Sudah tentu semuanya perlu “besar”, skrip yang menyingkap tema drama yang “besar”, ruang cerita yang “besar”, watak yang lebih “besar”, serta perbelanjaan yang lebih “besar”.

Banyak pengkritik mungkin tidak memahami rasionalisasi bumi Jordan dijadikan tempat penggambaran. Mira dan Kabir mempunyai jawapan mereka sendiri. Hal ini demikian kerana filem ini tidak lari daripada citra roh aqidah dan akhlak Islam. Tidakkah lebih baik dan mampan untuk mengaitkannya secara langsung dengan tempat tanah tumpahnya nenek moyang penyebar agama samawi ini?

Filem Nur Kasih tujuannya hanyalah satu; meyakinkan masyarakat bahawa cara hidup dan adab Islam yang lurus boleh dikomersialkan. Islam boleh dilabel sebagai sebuah budaya yang menjadi ikutan (ke arah kebaikan). Tidak hairan, drama bersiri Nur Kasih yang bermula waktu Ramadan dua tahun lalu mencapai status fenomena kepada 19 juta orang penonton.

Produk Islam ini turut berjaya merentas televisyen Singapura dan Brunei. Pada tahun lalu, drama ini berjaya merangkul anugerah Drama Bersiri Televisyen Terbaik di Anugerah Skrin TV3. Kini, kumpulan laman sosial facebook Drama Nur Kasih sudah mencapai 527 495 orang peminat seluruh dunia, dan kumpulan facebook Nur Kasih The Movie sedang mencapai 105 614 orang peminat dan masih meningkat. Di panggung pula, filem ini berjaya memungut RM4.5 juta (sehingga penulisan ini dihasilkan).

Pembikinan drama bersiri ke filem bukan baharu di Malaysia. Wawasan pembikinan filem sebegini sebenarnya dipengaruhi pembikinan filem berdasarkan siri televisyen popular yang mula diperkenalkan oleh pembikin filem Hollywood khususnya pada awal 1980-an.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.