Oleh KARIM RASLAN

Epifanio Delos Santos Avenue (EDSA) lebih dikenali sebagai Highway 54, merupakan lokasi bersejarah di di kota Manila. Di sinilah berlakunya demonstrasi damai anjuran kumpulan People Power Revolution untuk menggulingkan Presiden Filipina Ferdinand Marcos pada 1986.

EDSA terletak di jalan utama sistem transit aliran ringan antara bahagian utara dengan selatan Manila.

Dari segi sejarah, lokasi EDSA merangkumi separuh Manila dan Manila Bay, serta menyusuri jalan raya yang sentiasa sesak di kawasan perniagaan dari Makati dan Ortegas sehinggalah ke bandar Quezon.

EDSA mempunyai 10 lorong jalan yang terbahagi dengan tiga laluan awam, dua laluan bas, dan bakinya untuk lalu lintas HOV. EDSA mempunyai sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan Jalan Sudirman dan Jalan Thamrin di Jakarta. Walaupun sesak, EDSA mempunyai perancangan bandar yang teratur dengan adanya sistem transit aliran ringan.

Salah satu sistem transit aliran ringan merupakan rangkaian tiga laluan pengangkutan sepanjang 45 kilometer yang mampu menampung kira-kira sejuta orang penumpang setiap hari. Dengan kepadatan penduduk di Manila sebanyak 16 juta orang, kemudahan sistem transit aliran ringan membantu mengurangkan kesesakan di ibu negara Filipina ini.

Metro Rail Transport (MRT) merupakan pengangkutan tersibuk di Manila. Dengan bayaran sebanyak 15 peso untuk perjalanan sejauh 17 kilometer, MRT merupakan pengangkutan murah dan sangat popular di Manila. Penulis teruja menyaksikan berjuta-juta orang penumpang menaiki dan menuruni tangga stesen MRT ketika waktu puncak. Doris Dumlao, penulis kolum ekonomi akhbar Philippine Daily Inquirer menyatakan, “Walaupun perkongsian antara awam dengan swasta dalam pembinaan infrastruktur bukanlah perkara baharu, setelah pentadbiran P-Noy mengumumkan untuk menawarkan sedikit pampasan dalam kes yang bersangkutan keterbalikan kontrak dengan mahkamah, hal ini menarik perhatian ahli perniagaan Filipina untuk memperbanyak usaha sama dengan kerajaan”.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.