WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Geronimo Tumbang Sebelum Tumpas','/?p=1777','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Zulkifli Salleh

“Jerat tidak pernah lupakan pelanduk”. Barangkali itulah mesej tersirat dalam pengumuman Presiden Barack Obama tentang kematian musuh nombor satu Amerika Syarikat (AS) menjelang tengah malam Ahad (1 Mei 2011), atau menjelang tengah hari Isnin di Malaysia.

“Selama dua dekad, Bin Laden (Osama) menjadi pemimpin alQaeda,” kata Obama dalam kenyataan yang disiarkan di seluruh dunia. “Kematian Bin Laden menandakan pencapaian yang paling bermakna setakat ini dalam usaha negara kita (AS) untuk mengalahkan al-Qaeda. Namun, kematiannya tidak menandakan berakhirnya usaha kita. Al-Qaeda akan terus melakukan serangan terhadap kita. Kita mesti terus berjaga-jaga,” kata Obama.

Selepas Obama mengesahkan kematian Osama, rakyat AS berkumpul di New York, Washington, dan beberapa buah bandar utama di AS. Mereka bersorak dan berteriakan seakan-akan meraikan sebuah kemenangan selepas hampir satu dekad hidup dalam ketakutan.

Perburuan AS untuk mendapatkan Osama hidup atau mati, sesungguhnya memakan masa yang lama – 15 tahun – melibatkan tiga orang Presiden AS iaitu Bill Clinton, George W. Bush, dan Obama. Malah pemburuan tersebut memakan belanja AS$3 trilion (RM9 trilion).

Semasa operasi memburu Osama, selain menjadikan Afghanistan sebagai sasaran, AS juga menceroboh Iraq dan menumpaskan Saddam Hussein – rejim yang tidak terlibat dalam tragedi 11 September 2001 dan tiada hubungan dengan Osama. Atas nama perang terhadap keganasan, lebih daripada 50 ribu orang tentera AS dan tentera bersekutu terbunuh atau cedera, dan beratus-ratus ribu orang awam Afghanistan, Iraq, dan Pakistan terkorban.

Dalam operasi yang mengambil masa 40 minit, akhirnya Navy SEALs AS menyerbu dan membunuh Osama di kediamannya di Abbottabad, kira-kira 70 batu dari Islamabad. Sejurus selepas operasi itu Obama dalam pengumumannya menyatakan, “Keadilan sudah dilaksanakan.”

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.