WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Santau Menjadi Punca Pembunuhan','/?p=1772','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Syahmi Syahiran

Mayat wanita ini dalam keadaan terlentang dengan baju dan coli tersingkap ke atas, tersangkut di pangkal sepohon pokok besar ketika ditemui pada 11 Oktober 2002 di jambatan Jalan Sumpitan, daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Mangsa dipercayai dibunuh lima hari sebelum itu dan dibuang dari jambatan berketinggian 29.1 meter itu (setinggi bangunan lima tingkat).

Penemuan mayat wanita tersebut menggemparkan negara berikutan mangsa berkenaan, Hasleza Ishak, 26 tahun, merupakan isteri kedua kepada Raja di-Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa. Timbul spekulasi awal yang mengaitkan kerabat istana Perak dengan kes pembunuhan berkenaan.

Siasatan awal kes tersebut menyaksikan penahanan beberapa orang suspek, antaranya seorang bomoh, Rahim Ismail, 46 tahun; pesawah yang juga seorang bomoh, Mat Saad Mat Isa, 49 tahun; tukang kayu, Sabarudin Noh, 33 tahun; nelayan, J. Manimaran, 25 tahun; dan bekas Bentara di Istana Raja di-Hilir Perak, Tengku Aristonsjah Tengku Mohamad Ansary, 40 tahun.

Pada peringkat awal perbicaraan, Manimaran dan Sabarudin didakwa atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Manakala Tengku Aristonsjah dan Rahim pula dituduh bersubahat menurut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun Mat Saad, membuat pengakuan bersalah setelah dia ditawarkan pertuduhan pindaan menyebabkan kematian Hasleza. Dia dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun serta diminta menjadi saksi pendakwa ke-34 dan memberikan keterangan untuk menyokong kes pendakwaan.

Perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi Taiping. Sepanjang perbicaraan berjalan, kes ini menarik perhatian banyak pihak kerana membabitkan beberapa orang kenamaan termasuk Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang menjadi saksi pembelaan bagi anak saudaranya, Tengku Aristonsjah. Dalam perbicaraan di mahkamah pada 1 November 2002, Mat Saad mulanya turut dituduh bersama-sama Sabarudin dan Manimaran menyebabkan kematian Hasleza di Kilometer 63, Jalan Sumpitan-Ijok, daerah Larut, Matang dan Selama antara pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam pada 6 Oktober 2002.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Julai 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.