WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Halal Bukan Setakat di Kedai Makan','/?p=1755','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Hamidah Syed Kader

Saya tertarik dengan isu Remaja Melayu tidak Sensitif Status Halal dalam majalah Dewan Masyarakat Mac 2011 tulisan Abd. Kadir Mohd. Ayob. Bagi saya, bukan remaja Melayu sahaja yang tidak sensitif tentang status halal, golongan dewasa juga kelihatan selamba menjamu selera di premis yang tiada logo halal. Senario ini bukan baru berlaku, malah sudah lama berlaku.

Bagi umat Islam, isu halal sepatutnya menjadi perkara yang sangat penting dalam kehidupan mereka. Setiap tindakan yang ingin dilakukan perlu memikirkan faktor halal terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang tidak halal, maka api nerakalah yang paling layak baginya.

Isu halal bukan sahaja perlu dilihat dari aspek kedai makanan semata-mata. Mungkin ada orang yang berkata, “saya tidak beli makanan di restoran atau kedai makan. Saya bimbang akan status makanan yang dijual walaupun terdapat logo halal dipamerkan di kedai terbabit”. Ironinya, makanan yang tidak halal masih mampu memasuki tubuh badannya melalui pelbagai cara yang lain.

Jika kita membeli-belah di pasar raya, kita boleh dapati terdapat makanan yang dijual tidak mempunyai tanda halal pada pek pembungkusannya. Malah barang tersebut disusun bersama-sama dengan barang yang mempunyai tanda halal. Kesedaran pengguna Islam dalam memastikan adanya logo halal pada barangan atau perkhidmatan dan seterusnya membandingkan logo tersebut dengan logo yang asli bagi memastikan ketulenan logo tersebut didapati masih rendah.

Dalam memastikan sesuatu barangan tersebut halal, banyak perkara yang perlu dititikberatkan, contohnya perkakas makanan seperti cawan dan piring perlu dikaji sama ada diperbuat daripada bahan yang halal atau tidak. Begitu juga dengan peralatan mengecat rumah, seperti berus cat yang terdapat di pasaran, mahupun sumber fabrik yang dipakai setiap hari.

Satu daripada cara untuk mengatasi isu halal ini ialah dengan melebihkan tahap kesukaan yang tinggi terhadap apa-apa sahaja produk di sekeliling kita. Sebagai pengguna, kita seharusnya memastikan logo halal yang asli daripada JAKIM tertampal di setiap produk yang dikehendaki. Jika produk tersebut dilihat tidak mempunyai logo halal, keluarkan produk tersebut daripada senarai belian kita.

Selain itu, laman web berkaitan produk halal perlu sentiasa dikunjungi. Segala isu terkini tentang produk halal perlu dibaca dengan teliti. Jika berkesempatan, kita bolehlah membeli-belah semasa ekspo pameran halal yang dianjurkan saban tahun yang dapat membantu dan memudahkan kita memperoleh barangan halal. Semoga isu halal ini dapat ditangani dengan baik agar tiada lagi daging yang tidak halal tumbuh daripada kita.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.