WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Syiah Bangkit di Teluk?','/?p=1709','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh NIK AZMAN NM

Konflik politik yang mulanya berlaku di rantau Teluk dan merebak ke negara Arab menyorot kembali kebenaran Teori Domino. Konflik politik ini menyaksikan proses kebangkitan suatu kuasa lain untuk memenangi hati rakyat.

Iran dianggap sebagai kuasa pengimbang ke arah mencapai matlamat tersebut. Kecurigaan negara sekitarnya tentang pengaruh Iran memihak kepada kebenaran hujahan tersebut. Jika dihujahkan faktor Syiah sebagai mempengaruhi perkembangan politik di rantau Teluk, dakwaan tersebut ada asasnya.

Lihat sahaja pendirian penganut Syiah di Iraq, Afghanistan, dan Pakistan yang lebih cenderung kepada Iran daripada negara sendiri. Penganut Syiah ialah golongan yang fanatik dengan fahaman mazhab mereka dan kefanatikan itu turut mempengaruhi pemikiran politik masing-masing.

Faktor inilah yang menjadi penghalang besar kepada kelancaran agenda Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk khususnya dalam usaha memenangi hati pemimpin golongan Syiah.

Di Pakistan, banyak pemimpin tertingginya merupakan penganut fahaman Syiah. Walaupun berbeza aliran, dari segi matlamat, mereka menuju pada titik yang sama. Hal inilah merupakan kekuatan dan kelebihan penganut Syiah yang sukar diganggu gugat.

Ketika ini, statistik menunjukkan 97 peratus rakyat Pakistan beragama Islam dengan 80 peratus bermazhab Sunni, sementara 20 peratus bermazhab Syiah. Muslim di Pakistan juga terbahagi kepada mazhab berikut; Barelvi 38 peratus, Deobandi 24 peratus, Syiah Ithna Asharia (23 peratus), Ahli Hadis (7.0 peratus), Ismailiah (2.0 peratus), Bohra (0.25 peratus), dan beberapa mazhab kecil yang lain.

Ahli Hadis digolongkan sebagai pengikut mazhab Hanafi. Lebih daripada 60 peratus sekolah agama (madrasah) dikendalikan oleh kumpulan Barelvi (20 peratus), Deobandi (10 peratus), dan pelbagai kumpulan Syiah (10 peratus).

Menyedari hakikat ini, pelbagai usaha dirancang oleh AS sama ada di Afghanistan ataupun di Iraq bagi memastikan misi mereka tercapai. Walau bagaimanapun, matlamat mewujudkan keamanan dengan semua pihak semakin tidak menampakkan hasilnya. Cadangan meningkatkan jumlah pangkalan tentera AS.

___

 Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.