WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Perumahan Terbengkalai Pembeli Tanggung Beban Berganda','/?p=1704','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD IRFAN

Memiliki kediaman sendiri merupakan impian setiap orang. Bagi yang sudah berumah tangga, memiliki kediaman sendiri menjadi pelengkap hidup. Sementara bagi yang masih bujang, memiliki kediaman sendiri pula menjadi antara persiapan utama sebelum hidup berkeluarga.

Tidak kira sama ada memiliki rumah kos mewah, sederhana, mahupun kos rendah, semuanya bergantung pada kemampuan kewangan masing-masing. Permintaan yang tinggi terhadap sektor hartanah dan harganya yang tidak pernah jatuh menjadikan sektor hartanah di negara ini antara cabang perniagaan yang cukup menguntungkan.

Namun di sebalik pertumbuhan positif sektor tersebut, ada perkara yang banyak pihak terlepas pandang. Kegagalan pihak pemaju menyiapkan projek perumahan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam surat perjanjian jual beli kediaman, masih menjadi satu isu yang tidak pernah selesai.

Saban tahun, jumlah bilangan projek perumahan terbengkalai terus bertambah walaupun kebelakangan ini ada usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membendungnya. Luahan dan rasa kecewa pembeli yang berasa teraniaya sudah banyak didedahkan oleh media massa. Bukan setakat setahun dua terpaksa berputih mata menunggu kediaman disiapkan, tetapi ada antara mereka yang menunggu sehingga 10 tahun dan hampir berputus asa.

Melihat situasi yang dialami Hashim, tentunya membuatkan banyak orang bersimpati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pertemuan penulis dengan Hashim berlaku secara kebetulan sewaktu berbual-bual kosong sementara menunggu giliran untuk mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi melunaskan baki pinjaman perumahan.

___

 Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.