Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin semasa menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2011 beliau dengan tema “Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara” menggariskan lapan misi utama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu:

• Rejuvenasi budaya akademik sebenar yang menekankan pembaharuan akademik universiti.

• Kesejagatan yang memperkenalkan projek agenda kritikal iaitu program pemindahan ilmu.

• Pembudayaan berterusan dan memartabatkan kualiti dalam sektor pengajian tinggi.

• Mengupayakan penyelidikan dan inovasi menyentuh isu keupayaan.

• Kekuatan dalam membangunkan sumber manusia.

• Memimpin pengantarabangsaan, memperkasa kualiti dan potensi pelajar.

• Menangani perubahan ekosistem pengajian tinggi.

• Keseimbangan ke arah kesempurnaan negara bangsa.

Lapan misi ini bakal dilaksanakan dalam usaha kerajaan mencapai misi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dan pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi. KPT turut melancarkan program Mybrain15 di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) untuk membiayai pengajian peringkat ijazah lanjutan dalam mencapai sasaran 60 ribu orang pemegang Ijazah Kedoktoran di negara ini pada 2023.

Dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan, KPT mengambil pendekatan untuk memperluaskan peluang pembiayaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih berbanding dengan dasar sedia ada yang hanya menumpukan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS bertaraf Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Pendekatan KPT ini adalah satu pendekatan yang relevan lanjutan daripada pelaksanaan  Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Program SETARA dapat memudahkan masyarakat mengenali dan memilih IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan dalam usaha memperoleh pendidikan tinggi.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.