Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

“Jika ada pertandingan kategori terminal bas tercantik, pasti saya mengundi Malaysia sebagai pemenangnya,” jelas Edwin Sarr salah seorang pelancong asing dari Eropah yang ditemui penulis di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) baru-baru ini.

Begitulah persepsi pertama yang digambarkan oleh kebanyakan pengunjung di TBS-BTS lantaran kekaguman mereka terhadap kecanggihan terminal bas baharu yang mula beroperasi sepenuhnya Januari lalu.

TBS-BTS yang mula dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada Disember 2010 itu menjadi bukri kesungguhan kerajaan untuk mentransformasi kualiti perkhidmatan pengangkutan awam selepas terbinanya KL Sentral pada 2001.

TBS-BTS yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi moden ini mampu menerima kira-kira 40 ribu orang pengunjung pada satu-satu masa. Dengan kos pembinaan mencecah RM570 juta, terminal ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bangunan terminal utama enam tingkat, 55 platform bas untuk 1000 buah bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, dan 1000 petak tempat letak kereta termasuk kawasan letak kereta khas untuk wanita.

Selain itu juga, terminal yang dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar ini turut menyediakan lebih daripada 1800 buah tempat duduk, ruang menunggu yang dilengkapi penghawa dingin, sistem tempahan tiket secara interaktif, dan 44 buah ruang perniagaan termasuk empat  buah restoran serta ruang medan selera serta gerai.

Walau bagaimanapun, pembukaan Terminal TBS-BTS tidaklah bermakna semua perkhidmatan bas ekspres tertumpu di terminal tersebut. Menurut Ketua Bahagian Operasi Negeri dan Pelesenan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Mohd. Fuad Ahmad, perkhidmatan yang disediakan di terminal ini khusus untuk bas ekspres menuju ke selatan.

___ 

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.