WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pilihan Raya Negeri Sarawak Penentu Tarikh PRU ke-13?','/?p=1695','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh AWANG AZMAN AWANG PAWI dan JENRI AMIR

Dalam wawancara dengan media asing, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRNS) menjadi asas penentuan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Kini, keputusan PRNS sudah terlerai dan Barisan Nasional (BN) Sarawak memenangi pilihan raya tersebut.

Namun, sejauh manakah keputusan PRNS baru-baru ini boleh dianggap sebagai kemenangan cemerlang BN dan memberikan keyakinan kepada parti itu untuk mengadakan PRU ke-13 pada masa terdekat ini?

Sekiranya melihat prestasi BN Sarawak yang menguasai dua per tiga majoriti (mempertahankan 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan), pencapaian itu wajar dibanggakan kerana sebelum itu banyak media meramalkan BN bakal mengalami kekalahan yang teruk. Malah, ada penganalisis politik dengan yakin meramalkan 20 kerusi hingga 30 kerusi jatuh ke tangan pembangkang dalam PRNS. Namun, ternyata ramalan tersebut meleset.

Kebanyakan pihak membuat ramalan bahawa BN Sarawak bakal mengalami kekalahan teruk ekoran sentimen yang dimainkan oleh pihak pembangkang. Antara sentimennya ialah isu kepemimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa terlalu lama menjadi Ketua Menteri Sarawak; isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang terus membelenggu penduduk luar bandar; pembalakan dan penanaman kelapa sawit secara besar-besaran yang didakwa menjejaskan kehidupan etnik peribumi di luar bandar; tuduhan kronisme dan nepotisme dalam pengagihan projek kerajaan negeri; dan isu premium tanah di kawasan bandar.

Isu kepemimpinan Tan Sri Dr. George Hong Nam Chan yang dianggap sudah lama, peralihan kepemimpinan negeri, dan kepemimpinan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang didakwa tidak menyuarakan aspirasi masyarakat Cina juga berkumandang. Semua isu ini kesannya diterjemahkan dalam bentuk undi dalam kalangan pengundi bandar khususnya pengundi Cina.

Isu al-Kitab juga dikatakan mempengaruhi pengundi yang kebanyakannya beragama Kristian. Namun, isu agama ini tidak memberikan kesan besar kepada pengundi luar bandar kerana isu agama belum lagi menjadi masalah serius di Sarawak kerana toleransi kepelbagaian kaum dan agama di Sarawak sudah lama terbina.

Difahamkan pihak BN pusat di Kuala Lumpur turut khuatir berkenaan dengan kebanyakan isu yang dijadikan bahan kempen oleh pembangkang. Banyak isu tersebut diramalkan boleh mempengaruhi pengundi sekiranya tidak ditangani dan dijelaskan secara tepat

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.