WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Menerbitkan 26 Ribu Tajuk Buku Baharu ','/?p=1693','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh HASSAN AHMAD

Salah satu ukuran yang digunakan oleh pakar kemajuan buku (book development) untuk mengukur perkembangan industri buku sesebuah negara adalah jumlah tajuk buku baharu yang diterbitkan dalam tempoh setahun.

Contoh negara yang dianggap maju dalam industri buku ialah Jepun, Korea Selatan, dan beberapa buah negara Barat. Jepun misalnya, menerbitkan secara purata 80 ribu tajuk buku baharu setahun. Jumlah penduduk Jepun sekarang lebih daripada 100 juta orang. Jadi, nisbah pengeluaran tajuk buku baharu setahun dan jumlah penduduk Jepun dianggap seimbang.

Di negara yang industri bukunya dianggap belum maju, jumlah pengeluaran tajuk buku baharunya setahun adalah rendah berbanding dengan jumlah penduduknya. Misalnya di Indonesia, penduduknya berjumlah kira-kira 250 juta orang, tetapi kadar penerbitan buku baharu setahun dianggarkan tidak lebih daripada 20 ribu tajuk.

Malaysia dikatakan menerbitkan kira-kira 16 ribu tajuk buku baharu setahun. Penduduk Malaysia berjumlah lebih kurang 26 juta orang. Hal ini bererti, Indonesia dan Malaysia dikategorikan sebagai negara yang belum maju industri bukunya.

Jika Malaysia mahu maju dalam industri bukunya, maka negara ini perlu menerbitkan 26 ribu tajuk buku baharu setahun. Inilah matlamat kerajaan yang diumumkan semasa majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-52 baru-baru ini. Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBKM) disarankan supaya berusaha menggalakkan perusahaan penerbitan buku di Malaysia membina keupayaan untuk mencapai matlamat itu.

“Teori” ini mengandaikan bahawa kadar pengeluaran tajuk buku baharu yang tinggi menandakan bahawa kadar pembacaan dalam kalangan penduduk negara berkenaan juga tinggi.

Namun sebenarnya andaian tersebut tidak semestinya benar. Sebagai contoh, kadar kenal huruf (literasi) di Malaysia lebih daripada 90 peratus – sama seperti kebanyakan negara yang sudah maju industri bukunya. Namun, kadar pembacaan di Malaysia masih rendah. Hal ini bererti bahawa tidak banyak orang Malaysia yang berminat membaca buku.

Golongan pembaca buku yang paling besar jumlahnya di Malaysia ialah pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Namun, hal ini tidak bererti bahawa minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan IPT itu tinggi kerana mereka sebenarnya membaca buku teks yang “terpaksa” dibaca untuk lulus peperiksaan.

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.