Oleh KARIM RASLAN

Pankaj Mishra ialah penulis kelahiran India yang tinggal di London bersama-sama isteri yang juga merupakan penerbit beliau dan seorang anak perempuan. Pankaj banyak menyumbang artikel kepada majalah antarabangsa seperti New Yorker, Guardian dan Financial Times.

Sukar untuk menafikan keseriusan beliau menulis jika melihat dari segi jumlah tulisannya yang sudah diterbitkan. Tulisannya meliputi penulisan kewartawanan dan fiksyen yang berdasarkan laporan, sejarah, falsafah dan agama.

Kira-kira dua minggu lalu di Jakarta, penulis berkesempatan menemuinya. Biarpun Pankaj, seorang penulis yang hebat dan salah seorang elit sastera di peringkat global, beliau masih dipengaruhi kuat oleh tradisi India – masih memakai Kurta dan seorang vegetarian.

Penulis sangat teruja tatkala beliau menyatakan minatnya untuk menulis tentang Asia Tenggara, terutamanya Indonesia. Hal ini demikian kerana penulis begitu berminat untuk meneliti cara beliau mengumpul bahan dan mengolah tulisannya. Pengalaman ini pernah penulis alami ketika membantu VS Naipul, kira-kira 20 lalu ketika beliau datang ke Malaysia untuk siri penjelajahannya bagi mempromosikan buku terbitan beliau yang sangat kontroversi bertajuk, “Beyond Belief : Islamic Excursions Among the Converted Peoples.” Ketika itu, penulis mendengar, belajar, dan melihat VS Naipul mencatat dengan berhati-hati setiap temu bual beliau dengan wartawan.

Sesungguhnya, setelah menghabiskan masa berminggu-minggu dengan seorang penulis Nobel Laureate yang pemurah, VS Naipul secara tidak langsung membimbing penulis untuk memahami nilai sebenar sastera serta mendalamkan lagi pemahaman penulis tentang tanah air penulis.

Dengan Pankaj di samping penulis, penulis pasti memperoleh pengalaman yang sama. Setiap kali kami menghabiskan masa bersama beliau, penulis mula belajar tentang dua buah negara iaitu India dan Indonesia.

Keluasan Bandar Raya Jakarta sangat memberi impak kepada Pankaj. “Walaupun Indonesia sebuah negara yang sangat besar, namun tidak begitu dikenali, tidak seperti India dan diasporanya,” kata beliau.

Pankaj tiba di Jakarta ketika siri serangan pengganas yang meletus di Cikeusik dan Temenggung baru-baru ini menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar di Indonesia.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.