WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '107.22.48.243' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','107.22.48.243','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Perang Obama','/?p=1684','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh ZULKIFLI SALLEH

Presiden Barack Obama menjejakkan kakinya di Rumah Putih dengan mewarisi dua peperangan yang memakan belanja trilion dolar di Iraq dan Afghanistan.

Meskipun berusaha untuk mengelakkan daripada mengheret Amerika Syarikat (AS) ke kancah peperangan, dalam kes Afghanistan, beliau sebenarnya merancakkan lagi peperangan di negara yang gagal itu. Oleh sebab itu, semasa Pilihan Raya AS Separuh Penggal 2010, kedua-dua parti, iaitu Demokratik dan Republikan mengelakkan daripada membangkitkan penglibatan AS dalam peperangan kerana menyedari bahawa Presiden AS daripada setiap parti terlibat: George W. Bush memulakan, manakala Obama meneruskannya.

Perang Obama seperti yang dibahaskan oleh Bob Woodard dalam bukunya Obama’s Wars, adalah keputusan untuk menghantar 30 ribu orang lagi anggota tentera AS ke Afghanistan.

Naib Presiden, Joseph R. Biden dikatakan berasa “pesimistik” dan lebih yakin bahawa Afghanistan merupakan versi Vietnam. Obama menurut Woodard, nekad untuk mengelakkan kekalutan di Afghanistan menjadi seperti Vietnam.

Obama dilaporkan berunding dengan Jeneral Collin Powell, bekas Setiausaha Negara AS, yang dilaporkan berkata kepada Obama pada September 2009, “Jangan biarkan diasak oleh golongan ‘sayap kiri’ supaya tidak berbuat apa-apa. Jangan biarkan diasak oleh golongan ‘sayap kanan’ supaya melakukan segala-galanya.”

Dua bulan kemudian, Powel menasihati Obama supaya berdiri bersama-sama jeneral yang terus-menerus mendesak penghantaran jumlah yang besar anggota tentera.

Tidak cukup dengan Afghanistan yang menjangkau satu dekad, Obama terlibat dalam serangan terhadap Libya dalam Operation Odyssey Dawn. Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada pertengahan Mac lalu, bahas editorial The New York Times, merupakan detik luar biasa dalam sejarah terkini.

PBB, AS, dan Eropah dalam keadaan serba tidak kena dan ketika benteng terakhir penentang iaitu Benghazi hampir-hampir jatuh, tiga pihak ini bertindak dengan kepantasan yang menghairankan untuk merestui mandat melampaui zon larangan terbang. Lebih luar biasa, apabila desakan untuk bertindak diterajui Perancis dan Britain dan diundang pula oleh Liga Arab.

___ 

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Jun 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.