Oleh NORRIZAH AYOB

Kewujudan portal Dewan Masyarakat dalam Talian ini merupakan satu lembaran baharu dalam kamus penerbitan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dunia teknologi menuntut pembaharuan, daripada manual kepada automatik dan daripada bercetak kepada dalam talian (digital). Langkah DBP turut serta mendigitalkan salah satu majalah terbitannya merupakan usaha awal yang baik dan perlu diteruskan bagi semua penerbitan yang lain, seperti buku umum, buku kanak-kanak, ensiklopedia, kamus dan buku istilah. Hal ini bukan sahaja dapat menarik minat pembaca di dalam negara malah turut mengubah persepsi rakyat negara luar tentang DBP.

Melalui portal ini, pembaca boleh mengetahui ringkasan setiap artikel yang terkandung dalam majalah Dewan Masyarakat bercetak. Hal ini membantu pembaca menentukan berapakah artikel yang baik dalam majalah bercetak bagi mereka yang hanya ingin membeli jika terdapat isu yang menarik. Walau bagaimanapun, bagi pembaca setia Dewan Masyarakat bercetak, mungkin setiap ruangan diterima sebagai menarik.

Saya dapati terdapat undian yang disediakan dalam portal ini.  Tahniah kerana turut mengambil kira pandangan dan pendapat pembaca. Pada akhir setiap artikel juga disediakan ruangan maklum balas pembaca. Ruangan ini memberi peluang kepada untuk mengulas artikel yang diterbitkan.

Yang menarik perhatian saya dalam portal ini ialah kewujudan video pendek yang menayangkan wawancara bersama tokoh tertentu yang saya sifatkan sebagai menarik. Selain itu, jika diteliti, terdapat penambahan artikel baharu yang tiada dalam majalah bercetak tetapi ada dalam majalah dalam talian. Usaha yang baik ini dapat membuka peluang kepada penulis baharu mencipta nama di portal ini.

 Pautan kepada carian PRPM, laman Dewan Bahasa dan Pustaka, Klik Web dan Koperasi DBP yang disediakan pada portal ini memudahkan saya memasuki laman tersebut tanpa perlu membuka paparan tetingkap yang baharu. Harapan saya agar Dewan Masyarakat dalam Talian akan terus ditingkatkan, sekali gus dapat menambah bilangan pembaca majalah ini.

___

Surat Pembaca ialah ruangan khusus untuk pembaca memberikan pandangan tentang isu yang diperkatakan dalam Dewan Masyarakat bercetak dan dalam talian. Segera kirimkan pandangan anda kepada Editor Dewan Masyarakat dalam talian dengan menyertakan maklumat peribadi yang lengkap. Hantarkan kepada: syukri@dbp.gov.my

Share

1 Maklum Balas

  1. zaleha Komen:

    saya pun begitu teruja dengan kehadiran laman ini. Terima kasih!

    Dihantar pada 15 Mei, 2011, 10:16 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.