WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kabinet Presiden SBY Tergugat?','/?p=1615','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh NIK AZMAN NM

Kemelut kepemimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) semakin meruncing apabila dua buah parti politik utama yang menganggotai Sekretariat Gabungan pimpinan Presiden SBY menyatakan hasrat untuk keluar daripada gabungan tersebut.

Kedua-dua parti berkenaan ialah Parti Golongan Karya (Golkar) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang beralih menjadi parti pembangkang. Menurut Naib Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) daripada Parti Golkar, Priyo Budi Santoso, parti berkenaan sudah bersiap sedia untuk berada di luar pemerintahan Presiden SBY.

“Golkar sudah siap sedia berada di luar pemerintahan. Saya pastikan Golkar melakukan tugas yang baik dengan cara kami. Jangan pandang remeh keupayaan kami,” kata Priyo.

Beliau turut menegaskan bahawa sama ada Golkar berada dalam gabungan pemerintahan Presiden SBY atau tidak, bergantung pada keadaan. “Walau bagaimanapun, kami tidak ada rancangan untuk mengubah sikap kritikal kami untuk menyatakan pendirian terhadap pemerintah,” tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKS, Anis Matta, pula menegaskan bahawa PKS tidak ada sebarang masalah untuk beralih arah kerana parti itu berpengalaman sebagai pembangkang pada era pemerintahan Megawati.

“Jika PKS dikeluarkan daripada Sekretariat Gabungan, secara automatik PKS menjadi parti pembangkang,” ujar Anis. Menurut beliau lagi, rancangan untuk menilai semula kerjasama permuafakatan oleh Presiden SBY merupakan provokasi berlebihan Parti Demokrat.

“Parti Demokrat sudah mempengaruhi Presiden SBY secara berlebih-lebihan sedangkan mereka (Demokrat) yang gagal mengelolakan gabungan itu,” tegas Anis.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mei 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.