Oleh SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM

Penerbitan ilmiah merupakan sistem penerbitan yang bertujuan untuk penyebaran dan pembinaan khazanah ilmu yang menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan dan kemajuan manusia. Jika diteliti, penerbitan ilmiah berbeza daripada jenis penerbitan lain yang lebih umum sifatnya seperti penerbitan buku popular, buku teks sekolah, buku bacaan kanak-kanak, majalah, novel, dan lain-lain yang seumpamanya.

Penulisan ilmiah merupakan bentuk penulisan yang serius dan mengkhusus kepada sesuatu bidang kepakaran. Keutamaannya adalah penulisan yang berteraskan hasil penyelidikan yang tinggi nilainya berpandukan dua kelompok bidang ilmu yang besar, iaitu sains teknologi dan sains sosial.

Sememangnya tidak dapat disangkal jika dikatakan bahawa penerbitan ilmiah melalui proses yang panjang dan mendalam bagi menjamin mutu dan kewibawaannya dalam memartabatkan ilmu pengetahuan.

Keterlibatan pensyarah universiti dalam membentuk jaringan penulisan ilmiah memainkan peranan yang besar dalam menentukan jatuh bangunnya penerbitan ilmiah. Hal ini demikian kerana  pensyarah melalui penulisannya merupakan komponen penting dalam menilai kesarjanaan sesebuah universiti.

Kini, penerbit ilmiah yang terdapat di Malaysia bukan sahaja melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), tetapi terdapat juga institusi lain yang rata-ratanya mempelopori beberapa kategori penerbitan ilmiah. Antaranya termasuklah institusi berteraskan penyelidikan, agensi khas kerajaan, badan berkanun, persatuan profesional, dan syarikat swasta yang melihat ruang dan peluang yang ada dalam penerbitan ini. Penglibatan institusi ini merancakkan lagi aktiviti penerbitan ilmiah dan mampu mewujudkan persaingan yang sihat dan kompetitif.

Perkembangan penerbitan ilmiah di Malaysia berada pada aras yang membanggakan. Jika diamati berdasarkan kuantiti pula, jumlah penerbitan memuaskan dan berpotensi untuk terus ditingkatkan.

___

Penulis merupakan Ketua Unit Penulisan & Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA Melaka dan pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mei 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.