Oleh NORSUHANA A.H. dan JAMILAH I.  

Daging merupakan sumber makanan yang kaya dengan pelbagai nutrien seperti protein, vitamin B12, vitamin D, asid lemak Omega 3, dan turut mengandungi pelbagai mineral seperti ferum, zink serta selenium. Di Malaysia, produk makanan segera berasaskan daging ayam seperti burger, nuget, dan sosej mendapat permintaan yang tinggi.

Murah dan mudah didapati di pasaran merupakan antara faktor utama pengguna memilih daging ayam sebagai menu seharian. Tambahan lagi, daging ayam yang dikategorikan dalam kumpulan daging putih juga memberikan kesan lebih baik kepada kesihatan berbanding dengan daging merah seperti daging lembu dan kambing.

Ayam daging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa. Haiwan ini memerlukan persekitaran pemeliharaan yang selesa untuk pertumbuhan yang baik. Kebiasaannya reban yang disediakan lengkap dengan persekitaran dalaman dan luaran yang selesa untuk ayam daging membesar.

Pemakanan ayam daging amat penting dalam menentukan kualiti daging yang dihasilkan. Ayam daging diberikan makanan yang diformulasikan khas untuk meningkatkan pertumbuhan otot dan berat yang cepat.

Dua per tiga kos pengeluaran ayam daging melibatkan sumber makanan. Terdapat dua jenis makanan ayam daging, iaitu makanan permulaan untuk ayam berumur antara satu hari hingga empat minggu. Dalam tempoh ini, kandungan protein kasar dalam makanan ayam berjulat antara 22 peratus hingga 24 peratus.

Apabila ayam daging berumur antara lima minggu sehingga tujuh minggu pula, ayam diberikan makanan yang dikenali sebagai makanan penggemuk. Makanan ini mengandungi protein kasar, berjulat antara 19 peratus hingga 20 peratus. Ayam mengalami kenaikan berat yang cepat dalam masa hanya lima hingga enam minggu. Selepas enam hingga tujuh minggu dipelihara, ayam akan disembelih.

___

Dr. Norsuhana A.H merupakan pensyarah kanan Bahagian Biologi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM), dan Jamilah I. Penuntut Sarjana Biologi. Puat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mei 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.