WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Orang Melayu Menjahanamkan Diri Mereka?','/?p=1584','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh HASSAN AHMAD

Orang Melayu hari ini nampaknya sudah hilang pedoman. Dalam keadaan mereka sedang terdesak baru mereka menyedari akan “identiti”, asal-usul, dan tamadun mereka di rantau Kepulauan Melayu yang besar ini. Maka keluarlah dari mulut mereka bahawa negeri ini ialah negeri Melayu, bukan negeri orang lain. Kata mereka, “tuan” di negeri Melayu ini, ialah orang Melayu, bukan orang yang datang dari luar geografi Kepulauan Melayu.

Kata-kata itu dibuat untuk didengar bukan sahaja oleh orang Melayu yang dikatakan sudah lupa sejarah dan identiti Melayunya, tetapi untuk didengar oleh kaum lain. Hal ini demikian kerana sejak mutakhir ini dikatakan ada pihak yang lantang mempersoalkan identiti, ketuanan, hak sejarah, politik, dan budaya orang Melayu.

Namun, orang Melayu bertindak dan bersuara hanya apabila berlaku cabaran, desakan, ugutan dan gertakan daripada orang lain yang mempersoalkan hak warisan sejarah Melayu. Suara mereka ialah suara orang yang semakin kalah atau mengalah, suara reaktif bukan proaktif. Suara itu tidak dapat memperteguhkan dan terus memajukan kedudukan bangsa mereka, tetapi cuma cuba mempertahankan kedudukan yang kian lemah.

Setiap kali orang lain mempersoalkan identiti, hak, ketuanan, serta asal usul geografi budaya dan tamadun Melayu, wakil suara Melayu berundur setapak ke belakang untuk melayani tuntutan mereka tanpa menambah kuatkan kedudukan bangsa sendiri. Kita melihat proses tolak ansur yang tidak adil dan tidak saksama ini berlaku sejak negara ini merdeka.

Dalam keadaan tenang pula, apabila desakan tidak kelihatan dengan nyata, orang Melayu pula melakukan proses menjahanamkan bangsa sendiri. Proses ini berlaku sama ada secara terbuka mahupun secara senyap-senyap tanpa dapat diketahui orang Melayu yang kebanyakannya tidak pandai berfikir lagi dan suara mereka dihalang untuk mempersoalkan buruk laku dan kesalahan pemimpin mereka.

Akhirnya orang Melayu lebih banyak mengeluarkan suara emosi tentang nasib Melayu dan berserah kepada keadaan. Orang Melayu tidak bertindak mencabar keadaan itu melalui hujah akal fikiran yang pintar, berilmu, berfakta, berintelektual, dan bijaksana sehingga pihak yang mencabar itu boleh mengaku kalah dan menghormati orang Melayu.

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mei 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

5 Maklum Balas

  1. Syarul Komen:

    agak menggetar tulisan ni!

    Dihantar pada 18 Mei, 2011, 1:52 pm

  2. Sri Wahyuni Komen:

    Yang merosakkan orang Melayu adalah “ahlul -ahlul” Politik Melayu itu sendiri . Sedang mereka berbalah merebut “laba” yang bakal diperolehi melalui kedudukan Politik , rakyat marhaen dimomokkan dengan pelbagai retorik dan janji kosong yang tidak berkesudahan .

    Setengahnya tanpa menyedari terikut rentak dan tari -”golongan tertentu” yang jelas merugikan Melayu itu sendiri.

    Betul -Melayu tanpa “sedar” atau memangnya sengaja Menjahanamkan Bangsa.
    Mungkinkah sejarah Kejatuhan Melaka akan berulang semula …..?. Ya Allah Kau Lindungi lah Kami dan Kau Pandulah Kami agar Istiqamah didalam Islam dan Kau jadikanlah hati hati kami bersatu…amin.

    Dihantar pada 21 Jun, 2011, 1:52 pm

  3. SA Komen:

    Itulah yang Hassan Ahmad nak sampaikan pun Wahyuni..

    Dihantar pada 13 Julai, 2011, 12:22 pm

  4. Elina Sohor Komen:

    Doa sahaja tak cukup.. Perlu perubahan fizikal..

    Dihantar pada 8 September, 2011, 10:35 am

  5. atikah Komen:

    tamadun melayu harus dipertahankan…orang melayu tidak harus lupakan tamadun diri sendiri…mereka harus sedar untuk mempertahankan tamadun bukan untuk meruntuhkan..doa dan fizikal harus diseimbangkan begitu juga dengan faktor yang lain.

    Dihantar pada 2 Mac, 2012, 1:39 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.