WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.162.173.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.162.173.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Hikayat Merong Mahawangsa Ke Arah Pembaharuan Filem Tempatan','/?p=1582','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh HARITH BAHARUDIN

Industri perfileman tempatan yang semakin rancak “dihangatkan” lagi dengan kemunculan sebuah filem genre epik terbitan KRU Production, bertajuk, Hikayat Merong Mahawangsa. Filem arahan Yusri Abdul Halim itu berjaya merealisasikan dua impian “mustahil” yang selama ini cuba dilakukan oleh sebahagian besar pembikin filem tempatan

Pertama, peruntukan pembikinan yang mencecah RM8 juta dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa melalui tayangan di 72 buah negara. Kedua, pengolahan cerita melalui penggunaan sepenuhnya janaan imej grafik komputer (CGI).

Impian ini bukan lagi sekadar omong kosong bagi KRU yang sememangnya terkenal dalam mempersembahkan idea segar, sama ada dalam bidang muzik, mahupun industri filem. Misalnya filem Magika (2010) yang diarahkan oleh Edry Abdul Halim berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 tahun lalu.

Filem Magika bukan sahaja menampilkan sebuah genre segar berbentuk muzikal, malahan dipersembahkan dengan kualiti CGI yang baik yang sekali gus membuka satu dimensi baharu dalam teknologi pembikinan filem di Malaysia. Sebelum itu, Yusry terlebih dahulu membuka mata penonton filem tempatan dengan kemampuan CGI dalam filem Cicak Man (2006) dan Cicak Man 2 (2008).

Melalui dua buah filem komedi aksi tersebut, Yusry berjaya membuktikan bahawa anak tempatan juga mampu menghasilkan sebuah filem yang ditunjangi teknologi CGI. Teknologi ini memungkinkan penonton filem tempatan menikmati satu jalinan visual yang surreal dan jarang-jarang dihasilkan oleh pembikin filem tempatan.

Kali ini, melalui Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry sekali lagi menampilkan bentuk filem yang menarik kepada penonton dengan mengasimilasikan kreativitinya melalui kecanggihan CGI bagi membina sebuah dunia purba yang mempunyai elemen mistik.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mei 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.