Oleh KARIM RASLAN

Kira-kira 10 tahun lalu ketika penulis melawat Indonesia, penulis sudah menyedari kepentingan mempelajari bahasa Indonesia. Ketika itu, penulis tidak pernah mempelajari bahasa Melayu secara rasmi apatah lagi bahasa Indonesia.

Namun, penulis bertekad untuk menguasai bahasa Indonesia yang menarik ini – warisan Soekarno yang tidak perlu dipertikaikan pengaruh besarnya terhadap keseluruhan Republik Indonesia.

Penulis masih ingat ketika mula-mula mempelajari bahasa Indonesia dengan membaca salinan daripada novel tulisan Pramoedya Ananta Toer yang diharamkan berjudul, Bumi Manusia. Dengan kamus di sisi, penulis membaca halaman pertama novel tersebut dan mencatatkan setiap perkataan yang tidak difahami oleh penulis.

Agak melucukan apabila penulis dapati bahawa contengan penulis di atas halaman pertama buku itu memenuhi keseluruhan halaman. Hampir kesemua perkataan dalam halaman pertama novel tersebut tidak penulis fahami!Namun, penulis tetap bertahan dan selepas tiga bulan bertungkus lumus, penulis akhirnya selesai membaca novel tersebut.

Membaca dan berbicara merupakan dua cabaran yang berbeza. Penulis masih ingat satu peristiwa yang memalukan berlaku enam tahun lalu apabila penulis dipaksa menjadi pengerusi untuk satu rancangan wawancara di salah satu saluran televisyen terkemuka Indonesia. Tetamu penulis yakni seorang penganalisis politik dari Amerika Syarikat bertutur dalam bahasa Indonesia dengan fasih dan penuh perasaan, sedangkan penulis hanya mampu bertutur dalam bahasa Inggeris.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mei 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.