WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.158.30.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.158.30.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Perkhidmatan Pos Ubat ke Rumah ','/?p=1562','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh NOOR MOHAMAD BIN SHAKIL HAMEED

Mutakhir ini isu berkaitan perkhidmatan kesihatan, mula mendapat perhatian khalayak terutamanya apabila melibatkan caj rawatan yang terlalu tinggi di hospital swasta serta rungutan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan di beberapa buah hospital kerajaan. Dalam hal ini kita perlu akui bahawa aspek kesihatan adalah keperluan asas manusia dan rakyat sememangnya berharap agar pihak kerajaan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkualiti secara percuma ataupun pada kadar kos yang paling minima.

Justeru bagi menangani pelbagai isu yang timbul, penulis dapat merasakan kesungguhan pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara terus menerus melaksanakan pelbagai inisiatif baharu dan penambahbaikan demi menyediakan perkhidmatan perubatan dan perawatan yang terbaik kepada rakyat. Transformasi kesihatan boleh dikatakan bermula dengan pelancaran Klinik 1Malaysia yang telah diwujudkan mulai Januari tahun lepas bertujuan menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai dengan pendekatan kerajaan  ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ pada kadar bayaran serendah RM1 sahaja.

Ianya disusuli pelancaran Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma di kampung dan kawasan pedalaman. Melalui Klinik Bergerak 1Malaysia, bas yang telah disediakan akan membawa doktor, jururawat dan staf sokongan untuk merawat mereka yang sakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di tempat yang tidak ada kemudahan klinik dan hospital terutamanya di kawasan pedalaman. Perdana Menteri ketika mengumumkan penubuhan Klinik Bergerak 1Malaysia ini menyatakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan klinik bot bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung yang dihubungkan melalui sungai di Sabah dan Sarawak.

Menurut Najib, langkah ini bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat yang sewajarnya. “Adalah menjadi impian saya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira di mana mereka tinggal,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam entri beliau dalam blog 1Malaysia. Ternyata transformasi dalam bidang prubatan ini tidak terhenti di situ sahaja apabila terkini KKM melangkah satu tapak ke hadapan lagi apabila berjaya melancarkan kemudahan penghantaran perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M).

Melalui kaedah ini, penghidap penyakit kronik yang perlu mendapatkan ubat mengikut jadual susulan tidak perlu lagi datang ke hospital bagi mengambil ubat mengikut temu janji masing-masing seperti biasa apabila penghantaran ubat kepada pesakit akan menggunakan kaedah penghantaran ekspres yang ditawarkan oleh KKM. Inisiatif ini juga memberi kemudahan kepada pesakit untuk menerima bekalan ubat secara berterusan dengan kadar RM5 bagi ubat yang dihantar ke lokasi di Semenanjung Malaysia dan RM6 bagi penghantaran ke lokasi antara Sabah dan Sarawak, manakala kadar RM8 hingga RM10 dikenakan bagi penghantaran ubat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.

Secara relatifnya kos ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos pesakit terpaksa datang sendiri ke hospital seperti kos minyak, tol mahupun bayaran teksi di samping makanan terutamanya kepada pesakit yang tinggal jauh dari hospital yang berkaitan. Malah apa yang lebih penting ialah kaedah ini dapat menjimatkan masa pesakit yang tidak perlu menunggu lama di hospital hanya untuk mendapatkan ubat susulan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melancarkan kemudahan ini, kaedah yang digunakan itu memudahkan pesakit, malah ianya merupakan perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkan hospital kerajaan bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat tanpa perlu datang ke hospital. Tambah Liow lagi, kemudahan itu mampu menjimatkan kos ke hospital selain menjimatkan masa dan kesesakan di tempat letak kenderaan. Metodologinya ialah, penghantaran ubat akan dilakukan Pos Malaysia Berhad dengan menggunakan kaedah Pos Laju ke seluruh negara. Sebagai permulaan sebanyak 26 hospital kerajaan telah dikenalpasti untuk menawarkan perkhidmatan ini (UMP1M) bagi memudahkan pengidap penyakit kronik mendapatkan ubat susulan tanpa perlu hadir ke hospital.

Penyediaan kemudahan ini ternyata cukup bermakna dan signifikan kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar dan warga tua yang tidak perlu lagi berulang-alik ke hospital. Tambahan pula kedudukan hospital yang jauh dari kediaman yang selama ini menjadi satu halangan besar untuk mendapatkan ubat, dapat diatasi melalui kaedah penghantaran ke rumah seperti ini. Justeru dalam konteks penyediaan perkhidmatan kesihatan, kita wajar memuji insiatif dan langkah terbaru KKM ini dan diharapkan perkhidmatan ini akan diperluaskan lagi ke semua hospital di seluruh negara agar rakyat di seluruh negara dapat menikmati kemudahan tersebut.

Apa yang kita boleh rumuskan ialah perkhidmatan perubatan dan kesihatan juga turut melalui proses transformasi yang hebat. Komitmen dan pelbagai inisiatif seperti ini jelas membuktikan tahap keprihatinan dan keikhlasan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, membela nasib golongan yang kurang mampu serta membuka ruang akses kepada  masyarakat luar bandar untuk turut sama menikmati kemudahan kesihatan yang berkualiti sama seperti masyarakat di bandar. Harapan kita agar pihak kerajaan akan meneruskan lagi inisiatif-inisiatif murni seperti ini agar seluruh rakyat Malaysia mampu memiliki ruang akses kepada kemudahan rawatan perubatan yang berkualiti demi melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan cergas.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.