WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Adakah Kita Bersedia Menghadapi Bencana?','/?p=1557','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh BASIRONE BASRI

Sejak akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan dengan berita kejadian bencana alam seperti tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana negara kita tidak terletak di kawasan berisiko mengalami bencana alam ini. Lokasi geografi yang strategik amat penting sebagai daya tarikan kepada pelancong asing supaya mereka berasa selamat semasa mengunjungi sesebuah destinasi pelancongan.

 Bagi negara yang sering dilanda bencana alam, pelbagai langkah dilakukan supaya impak kerosakan dapat dikurangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerosakan yang kecil mampu menyebabkan sesebuah negara menanggung kerugian yang besar. Jika bencana dan kerosakan akibat bencana sering di luar jangkauan, ekonomi sesebuah negara akan terencat. Akhir-akhir ini, bilangan negara yang terlibat dalam kejadian bencana alam semakin tinggi dan meningkat saban tahun. Antara langkah yang dilakukan bagi mengurangkan impak kerosakan termasuklah membina bangunan yang tahan gempa. Jika negara tersebut sering mengalami gempa berukuran sehingga lapan Skala Richter, bangunan yang dibina perlu mampu menahan gegaran yang sama jumlah ukuran gempa atau lebih daripada itu bagi mengelakkan bangunan tersebut daripada musnah.

 Reaktor nuklear yang bocor di Jepun akibat tsunami dan gempa bumi baru-baru ini turut mengundang pelbagai pihak mempersoalkan kembali tahap keselamatan kesan daripada pembinaan loji nuklear. Tidak dinafikan pembinaan loji nuklear mampu mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api yang sedia ada, namun beberapa persoalan utama berkaitan keselamatan perlu ditimbang tara dengan sebaik mungkin agar tiada kerosakan atau kemudaratan yang sangat serius menimpa penduduk negara.

 Sistem kecemasan yang tersusun perlu dibina bagi menghadapi musibah yang tidak dijangkakan. Arahan pemindahan yang jelas disertai lokasi perpindahan yang selamat membantu melengkapkan operasi penyelamatan jika bencana benar-benar terjadi. Korban jiwa perlu dielakkan semasa operasi penyelamatan.

 Sistem amaran awal tsunami sangat penting supaya kejadian malang yang meragut banyak nyawa tidak berulang kembali. Semakin awal sistem pengesan mengesan tanda-tanda tsunami, semakin awal pengosongan kawasan berisiko dapat dilakukan.

 Walau apa-apa pun bencana yang melanda, kita harus bersiap sedia dengan segala prasarana dan tabung bantuan yang cukup bagi menghadapi saat genting tersebut. Semoga musibah yang pernah melanda sama ada negara kita sendiri atau negara lain dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

___

Surat Pembaca ialah ruangan khusus untuk pembaca memberikan pandangan tentang isu yang diperkatakan dalam Dewan Masyarakat bercetak dan dalam talian. Segera kirimkan pandangan anda kepada Editor Dewan Masyarakat dalam talian dengan menyertakan maklumat peribadi yang lengkap. Hantarkan kepada: syukri@dbp.gov.my

Share

1 Maklum Balas

  1. Syahiirah Junaidi Komen:

    Pertamanya, ingin saya menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua. Bertuahnya kita barada di negara ini dengan adanya majalah ilimiah seperti ini masih diterbitkan dan masih relevan dan bermanfaat mengikut peredaran masa. Saya sebagai seorang belia baru sedar tentang ketepatan majalah Dewan Masyarakat. Setelah mengambil kursus Sosiologi di sebuah IPTA, saya makin kenal masyarakat Malaysia secara keseluruhannya dan Dewan Masyarakat adalah salah satu rujukan utama saya, terutamanya dalam melengkapkan tugas yang diberi. Harapan saya agar Dewan Masyarakat akan kekal terus diterbitkan, meredahi arus perdana yang kian mencabar kini. Terima kasih semuanya.

    Dihantar pada 21 Julai, 2011, 5:30 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.