Oleh HASSAN AHMAD

Sejak 1990-an, orang Melayu sering bercakap tentang soal perlunya bahasa Melayu diperkasakan  dan dimartabatkan. Mereka mengadakan banyak seminar dan menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk memperkasakan bahasa Melayu.

Anehnya, mereka yang sibuk memperlihatkan keprihatinan terhadap isu ini termasuklah pegawai kerajaan dalam sektor kerajaan yang bertanggungjawab memperkasakan atau memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1963/1968, tidak menjalankan tugas mereka dengan berwibawa.

Lebih aneh lagi, orang yang sibuk bercakap tentang soal memperkasakan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab “memperkosa” bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja mengabaikan mutu penggunaan bahasa Melayu (misalnya, menggunakan bahasa rojak Melayu-Inggeris), tetapi dalam tidak yakin dengan Dasar Bahasa Kebangsaan yang digubal.

Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan pada 2003 adalah salah satu bukti kegoyahan kepercayaan orang Melayu terhadap bahasa mereka sebagai bahasa ilmu sains dan Teknologi. Padahal bukan mereka tidak tahu sudah ada ribuan orang profesor, pensyarah, guru, dan sarjana yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa Melayu.

Sejak 1970-an, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa urusan rasmi kerajaan, dan sebagai bahasa ilmu, mengalami nasib yang tidak menentu. Apabila timbul bantahan, kritikan, dan teguran daripada pelbagai pihak, maka pihak yang berkuasa terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan melakukan tindakan segera, tetapi tidak menyelesaikan masalah.

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.