Oleh Tam Cai Lian

Pastinya ada dalam kalangan pekerja yang mengalami stres akibat bebanan kerja harian. Sering kali pekerja merungut bahawa mereka berasa sangat tertekan dan kadangkala tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan.

Hakikatnya, stres merujuk tekanan yang dihadapi seseorang untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran. Antara faktor biasa yang menyebabkan stres ialah bebanan tanggungjawab, masalah perhubungan sosial, trauma akibat sesuatu peristiwa, suasana sekeliling yang tidak selesa dan sebagainya.

Bagi mereka yang bekerja pula, kesesakan lalu lintas untuk pergi ke tempat kerja, ketidakselesaan di tempat kerja, bebanan kerja yang berlebihan, masalah rakan setugas, dan tingkah laku ketua atau majikan, turut menghasilkan stres secara langsung atau tidak langsung.

Tahap stres yang terkawal merupakan sesuatu perkara yang sihat dan dapat membantu seseorang pekerja menjadi lebih aktif. Namun, sekiranya tahap stres berada di luar daripada keupayaan pengawalan, kesan sampingan  negatif boleh berlaku.

Antara gejala fizikal stres yang biasa ialah degupan jantung yang cepat, berpeluh dengan banyak, mual dan ingin muntah, kerap membuang air kecil, sakit perut, sejuk tangan dan kaki, serta sakit kepala yang kerap.

___

Dr. Tam Cai Lian merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.