Oleh NOOR AZAM

Tanah bukan lagi sekadar harta yang mempunyai nilai ekonomi, tetapi juga nilai politik. Dalam sistem politik di negara ini, khususnya sistem pilihan raya, pemilikan tanah rumah menjadi faktor utama dalam “penentuan kuasa politik” kerana di sanalah pengundi tinggal.

Apabila lebih banyak penyokong sesebuah parti bermastautin dalam sesebuah kawasan pilihan raya, maka jadilah mereka penentu kuasa. Berikutan itu, mutakhir ini terbentuk demografi pola pengundian yang menyaksikan kuasa parti politik Cina wujud di bandar dan kuasa parti politik Melayu di luar bandar. Namun apabila pengundi Melayu berpecah kepada dua kelompok, maka di bandar dan di luar bandar pun pengundi Cina muncul menjadi undi penentu.

Faktor inilah yang semakin menggugat kestabilan sosial-politik di negara ini. Faktor ini mula membawa bencana kerana semakin banyak kawasan pilihan raya yang diduduki rakyat bukan peribumi yang semakin kuat pula ciri perkaumannya. Lantaran itu persaingan antara politik peribumi dengan bukan peribumi menjadi semakin sengit, hingga akhir-akhir ini melarat pula kepada isu sensitif yang lain seperti agama.

Makalah ini sebuah cerita panjang tentang tanah pusaka milik Melayu iaitu Tanah Rizab Melayu (TRM). Perjanjian pajakan Pulau Pinang antara Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dengan British pada 210 tahun silam dan “penjualan” Singapura oleh Sultan Hussain Shah, juga kepada British pada 190 tahun silam merupakan dua titik hitam permulaan terhakisnya bumi milik Melayu kepada kaum imigran.

Kedua-dua peristiwa hitam ini berlaku kerana kelicikan penjajah British. Raja Singapura terakhir, Sultan Hussain Shah membawa diri ke Melaka dan mangkat di sana. Kampung Gelam dan Masjid Sultan tinggal menjadi muzium air mata.

Penghakisan tanah milik Melayu bertambah serius apabila British masuk campur dalam pemerintahan Negeri-negeri Melayu. Pada mulanya mereka membawa masuk orang Cina untuk memajukan perniagaan dan lombong bijih, manakala buruh India pula untuk membina jalan raya, landasan kereta api serta ladang getah.

___

Datuk Noor Azam merupakan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau juga bekas Pengerusi Datuk Keramat Holdings dan Bank UMBC, bekas Pengerusi TV3, bekas Ketua Satu Persatuan Penulis Nasional (PENA), bekas Ketua Editor serta Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.