Oleh NIK AZMAN NM

Bangladesh yang mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di dunia tidak pernah reda daripada sengketa politik.

Bangladesh yang terletak di Asia Selatan merupakan sebuah negara dengan tingkat kemiskinan yang tinggi kerana tiada kesempatan untuk dibangunkan disebabkan masalah politik yang berpanjangan.

Baru-baru ini berlaku lagi mogok besar-besaran di Dhaka yang berpunca daripada pengusiran mantan Perdana Menteri, Khaleda Zia dari rumahnya. Mantan Perdana Menteri itu dipaksa meninggalkan rumahnya yang dihuni selama hampir 40 tahun oleh pemerintah yang kini dipimpin Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang merupakan musuh ketatnya dalam politik.

Mahkamah Tinggi Dhaka yang kemudiannya disokong Mahkamah Agung, memutuskan bahawa pemilikan rumah oleh Khaleda Zia adalah tidak sah, dan rumah tersebut didakwa menjadi lokasi pusat kegiatan militan.

Walau apa pun alasan, keputusan mahkamah itu tidak mampu mengubah perseteruan antara Khaleda Zia dengan Sheikh Hasina, tokoh politik wanita yang menduduki pucuk pimpinan tertinggi Kerajaan Bangladesh. Kebanyakan pemerhati politik berpendapat bahawa isu tersebut lebih berlatarbelakangkan motif balas dendam dan perseteruan antara Khaleda Zia dengan Sheikh Hasina yang berlangsung sejak puluhan tahun lalu.

Perkara yang sama turut berlaku kepada Sheikh Hasina. Sewaktu menjadi Perdana Menteri (2001–2006), Khaleda Zia pernah membatalkan penyewaan jangka panjang hartanah negara kepada Sheikh Hasina. Hartanah itu kini diduduki Sheikh Hasina.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.