Oleh SN MUHAMMAD HAJI SALLEH, SN ANWAR RIDHWAN, SN SHAHNON AHMAD, SN NOORDIN HASSAN

Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok oleh Abdullah Hussein, baik di akhbar dan majalah, mahupun di televisyen dan dunia siber.

Dalam wacana itu ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya. Walau bagaimanapun, yang agak dikesalkan ialah hakikat bahawa sangat sedikit golongan, terutamanya parti politik yang menjadikan pembelaan nasib dan martabat kaum Melayu sebagai landasannya, tampil memberi sokongan moral kepada seorang pengarang Melayu bernama Abdullah Hussein, yang melalui Interlok berbicara tentang kemanusiaan yang merentas sempadan ras dan etnik di tanah airnya.

Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya. Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar – peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan – dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Hal ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.