WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.170.159' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.170.159','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Najib Kini Menghitung Hari &#8230;','/?p=1484','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh SYAHMI SYAHIRAN

Mayat wanita separuh rentung  ini ditutup dengan sekeping papan lapis dan dua buah tayar kereta, manakala kakinya terjuntai keluar ketika ditemui di dalam longkang di Jalan Klang Lama pada 17 Jun 2003. Mayat wanita ini dijumpai seorang pekerja tapak pembinaan, manakala kereta yang dipercayai milik mangsa juga ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.

 Bedah siasat awal mendapati bahawa wanita ini diperkosa sebelum dibunuh. Polis menemui kesan air mani seorang lelaki yang tidak dikenali di dalam kemaluan dan dua kesan tikaman di perut mangsa. Siasatan lanjut mendapati bahawa mangsa ialah seorang juruanalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian yang sebelum itu dilaporkan hilang pada 13 Jun tahun yang sama.

 Tiga hari siasatan berlanjutan dan pada 20 Jun berikutnya, seorang pencuci kabin kapal terbang,  Ahmad Najib Aris, ditahan oleh pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Selangor, Senior Asisten Komisioner II, Abu Bakar Mustafa. Suspek ditangkap di rumahnya di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

 Bagi mencari bukti lanjut kaitan antara suspek dengan mangsa, polis membawa suspek ke beberapa buah tempat mengikut kronologi sebenar kes pembunuhan iaitu dari Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), Taman Medan, Projek Lebuh Raya Pantai Baru di Batu 7 Jalan Klang Lama, Taman Petaling Utama, dan dua buah stesen minyak di kawasan Petaling Utama serta Pantai Dalam.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.