WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Sukan SEA 2011: Masalah Persiapan Atlet Olahraga Kebangsaan','/?p=1480','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh AHMAD MAHFIZ HAJI NORDIN

Setiap dua tahun sekali, semua atlet di rantau Asia Tenggara bakal berkumpul untuk menyertai Kejohanan Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA. Bagi Sukan SEA ke-26, Indonesia dipilih menjadi tuan rumah untuk kali keempat selepas menganjurkan kejohanan sukan terbesar di Asia Tenggara ini pada 1979, 1987 dan 1997.

 Kebiasaannya, negara penganjur akan menjadikan ibu negara masing-masing sebagai pusat utama berlangsungnya kejohanan Sukan SEA ini. Namun, kali ini Indonesia memilih Palembang sebagai pusat utama kejohanan dan hanya beberapa acara bakal berlangsung di ibu negara mereka, Jakarta. Palembang ialah bandar ketiga selepas Chiang Mai dan Nakhon Ratchasima, Thailand yang bukannya sebuah ibu negara menjadi penganjur untuk kejohanan Sukan SEA.

 Sudah pasti persediaan dan latihan rapi dibuat oleh setiap negara yang bertanding. Malaysia juga tidak terkecuali dalam membentuk sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan, baik dari segi fizikal mahupun mental. Salah satu persatuan sukan yang begitu serius melatih atletnya ialah Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang diketuai Datuk Seri Shahidan Kassim.

 Salah satu bentuk latihan yang dirancang oleh KOAM adalah memindahkan pusat latihan atlet olahraga kebangsaan dari Kompleks Sukan Bukit Jalil ke Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

 KOAM berpendapat bahawa kedudukan geografi Kompleks Sukan Ranau yang terletak di atas bukit dengan kedudukan 700 meter dari paras laut sesuai untuk dijadikan sebagai tempat latihan. Selain itu, keadaan cuaca yang dingin di sana dijangka memberikan kelebihan kepada atlet olahraga untuk berlatih lebih lama berbanding dengan tempat lain di negara ini walaupun pada waktu tengah hari. Dengan menjalani latihan di kawasan sejuk seperti Ranau, KOAM berpendapat bahawa atlet akan lebih mudah menyesuaikan diri apabila bertanding di luar negara terutamanya di negara beriklim sejuk.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

1 Maklum Balas

  1. Irwan Komen:

    Berfikir lah kita

    Dihantar pada 14 November, 2011, 10:28 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.