Oleh Ratna Roshida Ab. Razak

Menurut Malik Bennabi seorang tokoh pemikir Islam dari Algeria, kegagalan sesuatu bangsa untuk membangun bukanlah kerana bangsa tersebut tidak memiliki sumber alam untuk dimajukan, tetapi bangsa tersebut tidak mempunyai idea bagaimana seharusnya sumber alam tersebut digunakan. Keadaan bertambah teruk sekiranya bangsa itu tidak mempunyai kesungguhan untuk menangani masalah tersebut.

 Masyarakat yang mempunyai idea yang hebat mampu mengubah kehidupan bangsa dan tanah airnya. Bagi menghasilkan idea yang hebat, sudah pasti bermula dengan cara berfikir.

 Perkembangan ilmu berlaku apabila wujudnya manusia yang berfikir, dan sentiasa bersedia untuk mengemukakan hujah. Manusia yang berfikir juga menolak sesuatu yang dianggap tidak benar berlandasan hujah dan justifikasi yang bernas.

 Hal ini penting, selaras dengan ajaran Islam sebagai sebuah agama yang rasional. Islam merupakan agama yang bersandarkan hujah atau dalil dan bukanlah berlandaskan dasar ikutan semata-mata tanpa menekankan aspek nas dan fakta.

___

Dr. Ratna Roshida Ab. Razak merupakan pensyarah kanan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

1 Maklum Balas

  1. nurul husna Komen:

    artikel ini sangat menarik dan wajar d baca oleh semua masyarakat =) AGAMA MENYEDIAKAN PANDUAN DAN ETIKA KEPADA MANUSIA AGAR SEJAHTERA.

    Dihantar pada 2 Oktober, 2011, 9:46 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.