Oleh HARIS ZALKAPLI

Filem Scott Pilgrim vs the World, produk Hollywood yang terbit pada tahun lalu, tidak jauh bezanya daripada filem remaja sepertinya yang dipenuhi unsur cinta, cabaran hidup, dan segala yang biasa bagi remaja.

 Filem ini juga bukan filem pertama yang berkait dengan permainan video. Scott Pilgrim muncul dalam bentuk visual yang lebih menarik, penuh grafik, dan kesan khas yang luar biasa. Elemen visual dan kesan khasnya yang dramatik itu hampir sepenuhnya menenggelamkan tema cerita yang dibawa.

 Scott Pilgrim tidak membawa cerita berlapis dan mendalam, tetapi sesuai dengan semangatnya sebagai sebuah filem aksi dan komedi remaja, menarik pancaindera penonton melalui visual dan bunyinya. Sebelum ini, sudah muncul banyak filem yang diadaptasi daripada permainan video, tetapi Scott Pilgrim meneroka lebih jauh dengan memasukkan unsur permainan video seperti perolehan mata, dan tahap tenaga dalam efek visual dan bunyi filem.

 Filem ini muncul dalam bentuk permainan video dan komik (novel grafik). Watak utamanya, Scott Pilgrim, lakonan Michael Cera, bertarung mengalahkan satu demi satu musuh untuk memenangi hati gadis idamannya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.