WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Muka Baharu Mewarnai BN Sarawak?','/?p=1469','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh AWANG AZMAN AWANG PAWI

Dalam Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tahun lalu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selaku Yang Dipertua PBB menegaskan bahawa betapa perlunya kesinambungan kepemimpinan dalam parti tersebut untuk melanjutkan agenda pembangunan.

 Dalam ucapan tersebut beliau turut menyatakan bahawa PBB bakal mencalonkan antara 20 peratus hingga 30 peratus muka baharu dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada masa terdekat ini.

 Pengumuman Taib tersebut mendapat respons positif dalam kalangan rakyat Sarawak. Sesuai dengan budaya politik PBB, salah satu budayanya adalah kesanggupan muka lama mengumumkan beberapa tahun lebih awal tentang pengunduran mereka secara sukarela bagi memberikan peluang kepada barisan kepemimpinan baharu. Antara penyandang yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan bertanding lagi ialah bekas Menteri Muda Datuk Hamden Ahmad (penyandang kerusi DUN Belawai) dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Bolhasan Di (penyandang kerusi DUN Beting Maro).

 Pada masa yang sama, pengumuman Taib tersebut seakan-akan memberikan isyarat kepada anggota DUN lain yang sudah lama berkhidmat agar turut menyerahkan kerusi kepada muka baharu yang bakal menggantikan mereka.

___

Awang Azman Awang Pawi merupakan pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.