Oleh ISMAIL IBRAHIM

Pandangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, tentang Islam yang dibicarakan dalam buku terbarunya digolongkan sebagai “persepsi”, iaitu satu gambaran atau kefahaman tentang sesuatu subjek yang tertentu. Jika persepsi itu salah tetapi dianggap benar, maka persepsi tersebut boleh menyelewengkan pemikiran dan kefahamannya tentang subjek yang dibicarakannya.

Kuan Yew dalam buku terbarunya, Hard Truth to Keep Singapore Going (2010), mempunyai persepsi yang salah tentang Islam sehingga beliau meminta orang Islam di Singapura supaya tidak terlalu berpegang kuat pada Islam. Menteri Mentor Singapura itu mempunyai persepsi bahawa Islam ialah agama yang ganas dan radikal, primitif, menolak kemajuan, menolak pembangunan yang dinamik, menolak ilmu pengetahuan yang tinggi, dan bukan agama yang membangunkan tamadun.

Akibat persepsinya yang salah terhadap Islam itu, Kuan Yew mempunyai pandangan bahawa sekiranya Singapura ingin lebih maju, maka orang Islam di Singapura jangan terlalu teguh berpegang pada teras dan fundamental Islam.

Persepsi salah Kuan Yew tentang Islam bukan merupakan kali pertama. Sebelum ini, seperti yang tercatat dalam majalah Time keluaran Disember 2005, Kuan Yew menjelaskan persepsinya tentang para pejuang Islam di Timur Tengah. Antara lain dia beranggapan bahawa sekiranya mereka (pejuang jihad) mendapat kemenangan di Timur Tengah, maka Singapura akan mengalami kesusahan. Dia juga percaya bahawa pejuang jihad Islam lebih berbahaya daripada komunis, kerana komunis tidak percaya antara satu dengan lain yang berlainan bangsa, tetapi pejuang jihad Islam sebaliknya – mereka amat yakin dengan perjuangan mereka.

___

Datuk Dr. Ismail Ibrahim bekas Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi. Beliau sekarang penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.