Oleh ZAINAL JUMAT

Industri automotif sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran pasaran global. Bermula daripada cabaran krisis subprima di Amerika Syarikat, selepas itu berlaku pula krisis kewangan di Eropah. Realitinya, industri automotif sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan dengan soal pemasaran, hak pengedaran, kos operasi yang tinggi, serta keperluan untuk meningkatkan kualiti.

Proton yang merupakan salah sebuah syarikat kereta nasional negara berjaya meningkatkan semula penguasaan saiz pasaran tempatannya kepada 31 peratus pada 2009 berbanding dengan 20 peratus pada 2008. Dari segi prestasi kewangan, Proton berjaya menampakkan hasil yang memberangsangkan di sebalik krisis kewangan global.

Keuntungan sebelum cukai Proton pada suku kedua berakhir 30 September 2009, meningkat sebanyak 58 peratus kepada RM101 juta berbanding dengan RM64 juta pada suku pertama 2008. Keuntungan sebelum cukai terkumpul Proton pada separuh masa pertama tahun kewangan 2009 ialah RM165 juta, meningkat 43 peratus daripada RM115 juta dalam tempoh yang sama pada 2008.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.