Oleh KARIM RASLAN

Kadang-kadang sangat mudah untuk terlupa hal yang penting dalam hidup, terutama jika anda seorang penulis. Tekanan menyiapkan kerja pada tarikh yang ditetapkan dan cuba mengimbangi antara kerja dengan aktiviti sosial sering menyelewengkan perhatian anda.

Lupa merupakan kelemahan yang sangat manusiawi, tapi sesuatu yang sangat berbahaya bagi seorang penulis. Sewajarnya seorang penulis sentiasa peka terhadap perkembangan semasa. Penulis mendapat pengajaran ini beberapa bulan lalu di Indonesia.

Pada satu cuti hujung minggu yang panjang, penulis memilih untuk menghabiskan cuti di Bali. Tidak banyak rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa masih terdapat banyak pulau lain yang boleh dilawati selain Denpasar dan Kuta di Bali. Selatan Bali misalnya sangat mendamaikan dan di sanalah penulis memilih untuk ke Nusa Dua Peninsula.

___

Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.