WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Menangani Gejala Buang Bayi','/?p=1431','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED

Amat mengejutkan apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, mendedahkan statistik yang merisaukan khalayak. Menurut Mohd. Bakri, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.

Yang menakutkan kita ialah statistik ini dilihat semakin hari semakin bertambah dan belum menampakkan titik noktah yang kita harapkan. Buktinya, bagi tahun ini sahaja, statistik menunjukkan sebanyak 19 kes telah dilaporkan untuk bulan Januari yang jelas dilihat sebagai permulaan yang tidak sihat bagi tahun 2011 kepada kehidupan sosial masyarakat kita.

Daripada 517 bayi yang dibuang, 203 bayi lelaki, 164 bayi perempuan dan lebih menyedihkan lagi apabila 150 bayi lagi tidak diketahui jantinanya kerana dilahirkan ketika belum cukup sifat. Kes paling banyak dilaporkan pada tahun 2008 dengan 102 kes dan diikuti 91 kes pada tahun 2010. Sepanjang enam tahun tersebut, hanya 37 orang suspek sahaja yang berjaya ditahan untuk membantu siasatan termasuk empat orang pada tahun ini. Hal ini menunjukkan ramai pelaku jenayah ini yang masih bebas dan tidak dibawa ke muka pengadilan.

Statistik ini mencetuskan persoalan yang penting untuk perhatian semua pihak. Antaranya, apakah hala tuju kehidupan sosial masyarakat kita? Adakah kita mahu terus membiarkan gejala ini berlarutan dan menghantui kita? Apakah punca yang menyebabkan berlakunya gejala ini? Sejauh manakah pula masyarakat memainkan peranan dalam membantu menangani gejala ini?

Persoalan seperti ini sudah sering kali dilontarkan oleh pelbagai pihak sejak kes buang bayi menggemparkan masyarakat kita secara serius dalam tempoh dua tahun belakangan ini. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita masih gagal menangani gejala ini seperti yang diharapkan, malah banyak orang meramalkan kes buang bayi akan terus meningkat pada tahun ini. Walaupun pelbagai program dan kempen kesedaran dianjurkan kerajaan, NGO, agensi yang berkaitan serta masyarakat, hasilnya masih belum membanggakan. Pendedahan statistik ini menyebabkan kita berasa ragu terhadap keberkesanan program tersebut.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat April 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

1 Maklum Balas

  1. najihah Komen:

    apabila ajaran Islam tidak diamalkan secara menyeluruh, maka hal2 seperti ini yang berlaku. Kebanyakan jenayah buang bayi dan sebagainya melibatkan remaja melayu yang masih belajar tidak kira sekolah atau universiti. Tambahan lagi, budaya couple semakin menjadi2 di kalangan remaja melayu kini. sedangkan yang menghalalkan sesuatu hubungan ajnabi hanyalah dengan melalui ikatan perkahwinan/pernikahan bukannya dengan bercinta atau lebih dikenali dengan nama ber’couple’. apa yg saya cuba tekankan adalah, pegangan remaja melayu islam kini terhadap agama sangat lemah dan rapuh.bg mereka cinta manusia lebih nikmat dr cinta Ilahi yang hakiki. wallahualam.

    Dihantar pada 6 Oktober, 2011, 10:57 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.