Oleh YASMIN  NORHAZLEENA BAHRI MD. NOOR dan TUAN NURIZAN RAJA YUNUS

Pada Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah  untuk menangani masalah tekanan mental dalam kalangan pelajar.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, modul ini memberikan pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti pelajar yang berhadapan dengan tekanan mental dan kemurungan. Guru yang mengenal pasti mana-mana pelajarnya yang mengalami masalah kemurungan diminta mengambil tindakan susulan bagi memastikan pelajar berkenaan menerima rawatan dan bimbingan seawal mungkin.

Pelaksanaan Modul Kesihatan Mental ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Menurut Tiong Lai, KKM akan berbincang dengan KPM bagi mencari pendekatan terbaik bagaimana modul tersebut diajar di sekolah iaitu sama ada melalui kurikulum pelajaran atau aktiviti kokurikulum.

Tiong Lai menyatakan bahawa masalah penyakit mental semakin serius di negara ini dan boleh melanda sesiapa sahaja tanpa mengira lingkungan umur atau jenis pekerjaan. Menurutnya, ketika inin hanya terdapat 124 orang doktor psikiatri dan dua orang ahli psikologi klinikal yang berkhidmat dengan KKM. Nisbah yang dicatatkan Malaysia ialah seorang psikiatris untuk 115 ribu penduduk, berbanding dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu seorang psikiatris untuk 50 ribu penduduk

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.