WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Polemik Tabung Bantuan Perubatan','/?p=1408','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Polemik Tabung Bantuan Perubatan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara digemparkan dengan berita menyayat hati apabila seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan. Mangsanya, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang menghidap penyakit bengkak hati.

Kelewatan pembedahan adik Intan Syafiqah didakwa berpunca daripada kereneah birokrasi TBP yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Difahamkan ibu bapa mangsa memohon TBP untuk menampung kos pembedahan tersebut.

Malangnya, menunggu kelulusan permohonan itu bagaikan menanti buah yang tidak gugur. Setelah menunggu lebih daripada dua tahun, harapan hanya tinggal harapan dan titik noktah kepada harapan itu ialah sekujur tubuh kecil adik Intan Syafiqah yang tidak bernyawa lagi.

Ekoran kejadian malang tersebut, Menteri Kesihatan pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi tidak keruan apabila media massa dan orang ramai yang meluap-luap kemarahannya ingin penjelasan sebenar status TBP. Polemik tersebut turut mendapat perhatian khusus Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang meminta KKM mengatasi dengan kadar segera masalah yang timbul dalam TBP.

Sebelum itu, sebuah akhbar arus perdana melaporkan bahawa kerajaan pusat sudah memberikan sejumlah peruntukan berbentuk geran tahunan bernilai RM100 juta kepada TBP. Daripada jumlah itu, hanya RM6.1 juta yang dibelanjakan sepanjang 2005. Hal ini yang menimbulkan persoalan; mengapakah sukarnya untuk mengeluarkan dana TBP sedangkan peruntukan sudah pun tersedia?

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.