WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Bukan Mudah Menjadi Pemandu Teksi ','/?p=1396','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh MUHAMAD HAFFY ZIKRI

Gelagat pemandu teksi di Kuala Lumpur menyebabkan banyak pengguna merungut. Yang paling teruk, rungutan mengenai tindakan pemandu teksi yang mengenakan kadar tambang melampau dan tidak mengikut bacaan meter seperti yang diwajibkan oleh pihak berkuasa.

Walaupun timbul rasa tidak puas hati, tidak banyak pengguna yang melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Mungkin mereka menganggap laporan yang dibuat tidak mampu mengubah apa-apa. Ibarat mencurahkan air di daun keladi. Senario ini menyebabkan segelintir pemandu teksi tidak serik untuk “menyembelih” penumpang mereka.

Jangan terkejut jika ada pemandu teksi yang mengenakan tambang semahal RM50 kepada pelancong asing hanya untuk laluan dari Jalan Petaling ke Bukit Bintang. Bagi rakyat tempatan yang tahu betapa dekatnya jarak antara kedua-dua tempat tersebut, hanya mampu menggelengkan kepala. Persoalannya, adakah wajar pelancong asing yang datang dan membantu mempromosikan negara ini di mata dunia diperlakukan sedemikian?

Menurut Lim, seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur, tindakan segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya sangat merosakkan imej pemandu teksi. “Biasanya mereka mempunyai kumpulan tersendiri dan mereka ini tidak masuk ke perhentian teksi untuk mengambil penumpang lain,” kata Lim yang pernah melihat perselisihan faham kumpulan tersebut dengan pemandu teksi lain.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.