Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Tarikh 25 Januari menjadi titik hitam dalam sejarah moden Mesir. Bumi Mesir yang dahulunya tenang, sekarang menjadi huru-hara dan bermandikan darah. Lebih daripada 300 orang terkorban dan ribuan orang lagi cedera ekoran 200 ribu orang rakyat Mesir membanjiri Kaherah untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak yang memerintah Mesir selama 30 tahun meletak jawatan.

Perhimpunan yang dikenali sebagai Yaumul Rohil tersebut merupakan gerakan besar-besaran rakyat yang mahu menjatuhkan Hosni. Daripada golongan petani hinggalah tokoh korporat, mereka semua mahukan hari-hari gelap yang selama ini dilalui di bawah kekuasaan Hosni bertukar menjadi cerah.

Aura Revolusi Oktober 1917 yang menyaksikan kejayaan rakyat Rusia mengusir kerajaan Kerensky yang prokapitalis, kini melanda Tanah Arab. Negara seperti Tunisia, Algeria, Mauritania, Sudan, Jordan, Yaman, Oman, dan terbaharu Mesir menjadi medan revolusi rakyat.

Revolusi Rusia pada 1917 menyaksikan rakyat mengambil “kehidupan” semula mereka daripada pemerintah melalui “satu suara”. Hal yang sama turut berlaku di lapan buah Negara Arab dan Utara Afrika ekoran pemerintah tidak lagi mendapat kepercayaan rakyatnya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.