WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Tragedi Berdarah Bukit Jenalek ','/?p=1385','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh SYAHMI SYAHIRAN

“Menyerahlah yob.” Itulah ayat pertama yang terpacul dari mulut Timbalan Superintenden Abdul Razak Haji Mohd. Yusoff (berpangkat Ketua Inspektor ketika kejadian) semasa beliau memulakan rundingan dengan anggota kumpulan al-Maunah dalam “Peristiwa Bukit Jenalek” kira-kira 10 tahun lalu. Mungkin tidak banyak generasi muda yang tahu rentetan kemuncak peristiwa hitam negara yang berlaku pada 5 Julai 2000 itu.

Sauk dan Jenalek merupakan dua perkampungan di daerah Hulu Perak yang menggegarkan negara berikutan penangkapan secara besar-besaran anggota kumpulan ekstremis al-Maunah yang dipimpin oleh Muhamed Amin Mohamed Razali. Kumpulan tersebut yang pada asalnya merupakan sebuah pertubuhan silat mengambil langkah songsang ekoran cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. Mereka mendakwa peperangan ini merupakan gerakan untuk menegakkan syiar Islam.

Muhamed Amin atau lebih dikenali sebagai Amin memimpin kira-kira 29 orang anggota kumpulan al-Maunah, termasuk seorang Mejar daripada Angkatan Tentera Darat Malaysia untuk menggulingkan kerajaan. Tindakan ekstrem kumpulan ini bermula pada 2 Julai 2000 apabila mereka berjaya memperdayakan anggota tentera di Pos 2 Kem Kuala Rhui dan Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak, untuk melarikan pelbagai jenis senjata dari dua buah kem tersebut.

Amin bersama-sama pengikutnya bertindak melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 pucuk raifal M16, dua pucuk raifal Steyr AUG, empat pucuk Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam pucuk mesingan ringan, lima buah pelancar bom tangan M203, 182 buah kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9095 butir peluru berkaliber 5.56mm, dan 60 butir peluru bom tangan berkaliber 40mm.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mac 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.